WTS: Nikkor 85mm f3.5 AFS Micro

|
Salam semua...post kali ni aku nak berniaga..hahahaha...aku nak jual lens kesayangan aku ni, Nikkor 85mm f3.5 AFS Micro. Seperti yang tertera  pada nama lens ni, korang mesti dah tau yang lens ini adalah lens khas untuk Macrography, satu cabang dalam bidang fotografi yang menekanan subjek - subjek yang kecil dan detail. Mungkin korang tak pernah dengar atau tahu akan lens ni. Maklum la, lens Tamron SP 90 f.2.8 dan abang-abang dari Nikkor lebih popular.

pandangan hadapan

pandangan atas
lens ini adalah lens jenis DX maka, kalau korang pakai FX kurang sesuai la (tapi masih bole guna). Lens ini tak la wide aperture cam saingannya. tapi bagi satu lens Macro, aperture bukan soal pokok. 

Ape pun, ini adalah beberapa sample gambar yang dihasilkan oleh lens ini, semua adalah dari koleksi aku..bukan celup internet ye...
Bunga

Ikan Laga

Bunga lagi..
Akhir sekali...bab harga ...aku letak RM 1000.00 sahaja..termasuk segala aksesorinya iaitu Hood, Box dan beg punjut ....Kondisi..sangat baik sebab jarang guna dan sentiasa duk dalam Dry Box...warranty dah abih..COD sahaja kawasan Dungun-Paka-Kertih...sebab jual coz aku dah tak pakai Body DX dah...dan nak funding untuk lens lain...hehehehe..Berminat??

DIY Tukar Clock Spring Gen2

|
Clock Spring oh clock spring...pernahkah anda mendengar bunyi seperti ada pasir dalam stereng anda?? itu salah satu tanda yang clock spring korang dah nak ambih tempoh. Selain itu, hon jugak akan berbunyi dengan sendiri...kejadian ini berlaku dan sangat memalukan aku kerana hon akan berbunyi tak kira masa dan tempat..semua orang pandang dengan muke konpius.

Bagi model Gen2, ade beberapa  jenis clock spring tapi pada asasnya semuanya hampir sama kecuali bilangan kabel sambungan.

Inilah clock spring, fungsinya sebagai antaramuka hon, airbag dan control panel pada stereng
Alatan paling penting ialah Spanner Type X, iaitu spanar yang selalu kite guna untuk buka nat tayar. Spanar lain agak sukar digunakan.


Buka nat yang berada ditengah2 stereng, sebelum itu pusing stereng sampai lock


Nat yang kat tengah tue la kene bukak ye
Cabut stereng dan korang akan nampak la clock spring tue, kemudian usahakan untuk
cabut clock spring yang rosak tue
Selepas berjaya cabut clock spring lama, just ganti dengan clock spring baru...just plug and play. Undur balik semua step dan jangan terlupa sebarang nat dan skru......dan hasilnya pamanduan yang aman tanpa bunyi pasir dan hon berbunyi tanpa henti :)

dah siap daaaa... heheehe
UPDATE:

Memandangkan ramai yang bertanya akan benda clock spring...maka aku nak bagi update sikit lah tentang clock spring ni. Clock spring ni ade banyak jenis ikut model kete korang.. lagi banyak fungsi kat stereng korang tue lagi mahal lah harganya:


  1. Stereng basic macam Gen-2 1.3 A hanya pakai jenis One Way untuk fungsi Hon saje
  2. Stereng dengan fungsi horn dan Air Bag plak pakai jenis Two Way..
  3. Stereng dangan fungsi Hon, Audio Control dan Air Bag  pakai jenis Three Way
  4. Stereng dengan fungsi Hon, Audio Control, Air Bag dan Auto-cruise pakai Four Way cth, Exora Bold Premium dan Gen-2 CPS
  5. Stereng dengan Fungsi Hon, Audio Control, Air Bag, Auto-cruise dan Paddle Shift pakai Five Way..cth Preve H-Line dan Suprima S 

Contoh Clock Spring 4 Way (ambil dari zerotohundred.com)
Untuk membuka honcover/airbag cover stereng Gen2, ada dua skru jenis star/bintang perlu di longgarkan.. longgarkan saja ok..

DIY Cuci Throttle Body Gen2

|
Baru - baru nie, bilaku memandu kete Gen2 aku terasa lain semacam. Terasa seperti pecutannya agak sembab...seperti ade sesuatu yang tersumbat. Setelah aku pikir - pikir mesti TB aku yang dah kotor...nak katekan minyak itam dan ATF masih lagi jauh milage nye. 

Di suatu petang yang elok cuaca..tak hujan, balik saje dari opis aku dah berkira-kira untuk membuka TB aku. Sebelum ini aku tidak pernah meleraikan TB dari blok enjin gara-gara klip kabel Drive by wire yang tak tahu aku nak membukanya. Kali ini aku tekad mesti membuka TB ini dari blok supaya dapat aku cuci luar dan dalam. Akhirnya dapat jugak aku bukak clip tue..tak susah tapi perlu tau nak tekan satu trigger untuk unlock clip tue. Untuk meleraikan TB dari blok hanya memerlukan rachet dan dan kepala nat saiz 8mm dan 5mm kalau aku tak salah. Hanya ade 4 skru yang perlu dicabut. 

Selepas dileraikan, bole la dicuci mengunakan kain sekiranya kotaran tidak banyak..tapi kalau sudah penuh endapan dan daki-daki degil...sila lah guna Carburator Cleaner yang dalam bentuk aerosol. Semburkan ke tempat kotoran dan sapukan dengan berus supaya kotoran cepat tanggal. 

inilah TB campro yang telah ditanggalkan dari blok

Gunakan kain bersih untuk mengilap throttle sehingga berkilat....
dah berkilat pun!! siap untuk dipasang semula
Apabila dah berpuas hati dengan tahap kebersiahan TB, pasang semula TB dan jangan lupa check semua sambungan perlu di sambung semula...jangan ade yang tertinggal!! Hasilnya kereta Gen2 aku lebih pickup dan save minyak :)



Shoot Lanskap di Batu Pelanduk, Kuala Abang.

|
Disuatu hari yang baik dan cuaca yang baik, aku memutuskan utuk mencuba len baru aku 24-70mm untuk landscape photography. Teknik yang aku sangat suka adalah Teknik Slow Shutter. Teknik ini kan menghasilkan effect seolah-olah air menjadi kapas! sekali pandang kadang-kadang nampak macam awan pun ade. Bagi mendapatkan gambar yang lebih dramatik, selalunya aku akan pilih pantai yang mempunyai batu-batan semula jadi. Di Dungun ini terdapat beberapa spot yang sesuai, antaranya Teluk Bidara, Teluk Gadung dan Batu Pelanduk.

Satu lagi perkara yang mesti semasa melakukan teknik slow shutter ini, korang perlu akan satu alat yang dikenali sebagai Neutral Density  (ND) Filter, tak kira jenis slide atau circular yang bole dipasang pada hadapan lens.
Filter jenis slide cap Cokin juga bagus walaupun bukan terbaik

Hasil post editing outing Batu Pelanduk,

Lensa baharu Nikkor 24-70mm f2.8 ED

|
Tahun ini tahun yang sangat sibuk sehingga aku tak dan masa untuk berhobi. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk bergiat aktif semula berkarya dalam fotografi. Satu keputusan besar jugak aku lakukan untuk menukar  sistem ke Format FX. Sebelum ini aku mempunyai dua buah body Nikon D7000 dan Nikon D700. Bole dikatakan aku mempunyai koleksi lensa DX yang agak lengkap sperti Nikkor 17-55mm f2.8 ED Dx dan Nikkor 85mm f3.5 micro DX. Tapi aku tak cukup modal nak beli Nikkor 24-70mm f2.8 ED untuk D700 aku..hehehehe. Sebagai ganti aku beli Tamron 28-75mm f.2.8 sebagai ganti kerana harganya cukup murah dan kualiti gambar yang agak memuaskan berbanding Sigma.


Tapi aku tetap memasang impian untuk memiliki lensa nikkor 24-70mm itu jugak. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk swap Nikon D7000 + Ori BG + Nikkor 17-55mm dengan lensa 24-70mm di kedai Fotosun di Kuantan. Walaupun aku kehilangan satu set D7000 bersama lensa DX yang cukup baik..tapi aku rase ia berbaloi untuk aku tukarkan dengan lensa 24-70mm walaupun lens tu secondhand tetapi nampak sangat owner sebelum ini sangat jarang mengunakan lens itu.

selamat tinggal D7000 ku, semoga kamu mendapat tuan yg lebih baik
So sekarang aku hanya mengunakan satu body, D700 bersama dengan koleksi lens aku Nikkor 24-70mm f2.8 ED, Sigma 70-200mm F2.8 HSM II macro dan prime lens aku Nikkor 50mm f1.4.
Hari pertama D700 aku disandingkan dengan Nikor 24-70mm.. Perfect!!
Target aku plak sekarang ini adalah untuk memiliki lens ultra wide fullframe Nikkor 18-35mm f3.5-4.5 yang berharga dalam lingkungan RM 2100.00. InsyaAllah jika lens Tamron dan Nikkor 85mm micro dapat dijual...dapatlah aku merasa len ultra wide nie. 
Lens impian seterusnya....InsyaAllah


Samsung Galaxy Nexus (aka Nexus Prime), yang aku suke dan tidak

|
Samsung Galaxy Nexus

Salam Aidilfitri dari aku untuk semua, hehe...maap la ye tidak ade entri khas untuk aidilfitri tahun nie. Post hari ini adalah pasal gajet baharu aku, telepon mudah alih Samsung Galaxy Nexus yang dibuat oleh Samsung khas untuk Google. Dah lebih kurang 2 minggu aku mengunakan telepon ini sebagai alat komunikasi utama aku. Galaxy Nexus ini jugak mengantikan SE Xperia X10 aku yang lama. Oleh itu, hari ini aku nak berkongsi kelebihan dan kekurangan telepon ini dari konteks mata penguna...aku lah tue,

yang aku suke:

  • rekabentuk yang minimalist, smart dan simple.
  • resolusi paparan skrin yang sangat jelas dan terang (sharp and vivid).
  • skrin yang besar.
  • OS Android yang terbaharu iaitu ICS 4.0.4..(untuk luar negara dah pakai Jelly Bean 4.1).
  • Gorilla Glass , Maaf ye..Kaca terbaja (fortified glass) sebagai kaca skrin yang tahan calar..tapi aku pakai screen protector jugak..sehingga kini Samsung tidak menyatakan Jenama kaca ini...
  • ada Android Beam!!
yang aku tidak suke:

  • bile cas, tak ade sebarang penunjuk LED yang menyala (hmmm...aneh?).
  • tidak ade File Manager / My Files....kene pakai third party application....
  • antara muka yang biase2 je..tak macam Galaxy SIII yang pakai Touchwiz (aku suke antaramuka SIII).
  • kat notification tray, takde " power control"...just ade ikon "setting".
  • sesetengah Live Wallpaper tidak sesuai...(mungkin akan di update)

Bagi korang yang nak tau spefikasi Galaxy Nexus..ini lah dia:

SCREEN
  • 4.65" HD (1280 x 720) Super AMOLED
  • Contour Display (curved glass)
SIZE
  • 67.94 X 135.5 X 9.47mm (LTE)
  • 67.94 X 135.5 X 8.94mm (HSPA+)
WEIGHT
  • 145.5 g (LTE)
  • 135 g (HSPA+)
DATA
  • WiFi
  • Bluetooth
  • MEMORY
    • Storage: 32GB (LTE), 16GB (HSPA+)
    • Memory: 1GB RAM
    CAMERA
    • 5MP continuous auto focus
    • 1.3MP Front
    • LED Flash
    • Zero shutter lag
    • Video recording in 1080p
    NETWORK
    • Option 1: CDMA/LTE
    • Option 2: HSPA+/3G/EDGE/GPRS
    USB

    • Micro USB
    FEATURES       
    • BATTERY: 1850mAh (LTE), 1750 mAh (HSPA+)
    • OS: Jelly Bean (Android 4.1)<--(International unlock version only, Malaysia still using the ICS 4.0.4)
    • CPU: 1.2 GHZ dual core processor
    • NOTIFICATION: three-color LED
    • MICS: 2 Mics
    • BUTTONLESS
    • NFC

     
    SENSORS
    • Accelerometer
    • Gyro
    • Compass
    • Proximity/Light
    Barometer

    Ice Cream Sandwich untuk Galaxy Tab 10.1

    |
    Nampaknye walaupun kini dah masuk bulan Ogos....update dari Samsung untuk Galaxy Tab 10.1 masih lagi jadi tanda tanya, tetapi diluar negara sana Samsung telah pun mengirimkan fail update ICS secara "On The Air" atau OTA serta mengunakan Kies...negara yang bertuah ialah Itali dan United Kingdom. Aku pun dah naik bosan dengan drama Samsung Malaysia yang masih menahan proses updating nie, tak tau la ape masalahnya. Tetapi bagi mereka yang dah tak mau tunggu lagi, bole la flash sendiri Tab 10.1 korang dengan Odin dan mengunakan Stock Rom Android 4.0.4 ICS untuk tab 10.1 dari Itali. Setakat ini, setelah di flash ke ICS tab 10.1 aku masih lagi ok, berfungsi dengan cemerlangnya. Semuanya berfungsi, WIFI, kamera dan 3G semua ok.

    Seperti yang di war warkan, ICS ini memang banyak memberi perubahan kepada Tab 10.1 korang nanti. Antara penambahbaikan berbanding HoneyComb ialah efek transisi yang lebih laju dan smooth. Aplikasi lebih cepat dan pantas serta banyak lagi la.  

    * Kalau korang nak try flash sendiri, klik sini

    Bon Voyage SE X10i ku....

    |

    Sony Ericsson Xperia X10i ini aku beli pada bulan Januari 2011di Kuantan Parade. Berwarna "Pure white" satu pilihan warna yang menarik bagi aku :)....X10i ini aku beli bagi mengantikan Nokia Music Xpress (yang kini dah rosak...). Selama setahun 8 bulan lebih kurang x10i ini berkhidmat kepada aku sebagai alat komunikasi, banyak jasa dan kenangan bersama X10i ini. Didatangkan dengan OS Android 2.1 Eclair (versi awal didatangkan dengan Android 1.5 Cupcake), satu peningkatan daripada versi awalnya. Pada akhir bulan Julai 2011, SE telah menaiktaraf OS telefon ini kepada versi 2.3 Gingerbread...malangnya ini menandakan Xperia X10i telah sampai ke kitaran akhir hayatnya, X10i tidak lagi bole menerima versi terbaharu android...Oleh itu, telah tiba masanya aku melepaskan X10 ini untuk berkhidmat pada orang lain..Walaupun X10 kelihatan seperti outdated pada masa kini kerana saingan dari model-model baharu seperti X12 Arc, Sony Experia S dan Samsung Galaxy, ia masih mampu menjalankan pelbagai fungsi dengan baik...Facebook tanpa masalah, Instagram? juga okie!...Kamera? 8.1 Mp nya masih lagi antara yang terbaik sekarang...cuma prosessor 1.0 Ghz Snapdragon teras tunggalnya kadangkala agak sendat dan lambat bertindak balas...

    Terima kasih Xperia X10i ku, kau telah banyak berjasa....bye - bye T__T

    *lebih lanjut tentang Xperia X10i..klik sini

    Ramadhan dah tiba

    |
    Alhamdulillah, 1 Ramadhan muncul lagi tahun ini....selamat berpuasa la untuk semua :) pose ye jangan tak pose (pesan ustaz la pulak..). Berpuase satu cerita, tapi berbuka pose plak satu cerite yang lain plak...Bazar Ramadhan memang confirm akan penuh sesak petang esok dekat Dungun nie..Kalau korang nak tau, ade dua bazar Ramadhan di Dungun (x masuk Paka la), satu kat sebelah Wai Ekonomi Centre atau Simpang Jalan Melati dan satu lagi kat Tapak Pasar Malam Khamis, Jln pejabat pos. Tapi... dah masuk tahun ke 10 aku kat sini makin kurang aku pegi ke bazar.....entah...aku rase cam boring je kueh-mueh dan juadah yang diorg jual....xde kemajuan pun tetapi harga kemain mahal! . Bagi korang yang datang dari luar Terengganu, mula-mula mesti korang akan excited nak beli kueh-kueh kat sini..tapi lama - lama korang akan perasan yang disini tak ade kueh yang biase korang makan kat home town korang...kalau korang tak percaya...korang cari la Kueh Cucur Badak...hahahaha yang korang jumpe kueh Che Mek Molek..yang berinti gula....begitu jugak kueh Seri Muka...korang hanya akan jumpe kembar dia kueh Pak Aji Serban...nampak same tapi tak serupa rasa. Terus terang kebanyakan kueh orang Terengganu adalah jenis MANIS....dan berasaskan TELUR ayam....bubur kacang hijau disini diletak telur pukul...sdikit hanyir bagi aku...tapi tak tau la tekak korang. Ape-ape pun sekali lagi aku ucapkan selamat berpuase...hayatilah bulan yang penuh rahmat ini.....

    Rindu plak kat Seri Muka arwah emak...memang terbaeek!!

    Mak Ngah dan Raub

    |

    Alhamdulillah ... selamat tiba di Dungun dari Raub...huhu..pecah rekod Dungun-Raub-Dungun balik hari...hahaha (keje gila!!)...aku balik Raub sebab hantar Mak Ngah aku....dah setahun lebih Mak Ngah duduk di rumah aku kat Dungun nie...tiba la mase Mak Ngah pulang ke Raub....Hidup Mak Ngah tak seindah orang lain...tiada suami tempat bergantung....tidak ada anak-anak tempat mengadu nasib.....Dulu pada arwah emak aku la Mak Ngah menumpang kasih seorang adik...walaupun emak hanya anak angkat kepada keluarga Mak Ngah, tapi Mak Ngah anggap emak macam adik kandung....emak jugak macam tue, Mak Ngah la kakaknya yang seorang...disangka panas hingga ke petang ruapanya hujan di tengah hari...tahun 2005, Allah menjemput emak secara mengejut...Mak Ngah  kehilangan adik yang tersayang...yang selama ini tempat bersandar, mengadu nasib...sudah jatuh ditimpa tangga...begitu la ibarat nasib badan Mak Ngah...Anak angkat nye yg sorang yang pernah juga aku anggap abang...ibarat kacang lupakan kulit.....harta Mak Ngah tergadai dek anak angkat yang telah di pelihara dari kecil...pernah dia berjanji kepada Mak Ngah...takkan dia sia-siakan hidup Mak Ngah...tapi sudah dasar manusia durjana...habih harta digadai, tanah pusaka dijual...Mak Ngah tinggalkan.....Berat rase hati meninggalkan Mak Ngah di kampung. Semoga saudara mara Mak  Ngah dengan senang hati membantu Mak Ngah di kampung. InsyaAllah, selagi aku hidup...akan aku hulurkan ape jua yang termampu supaya Mak Ngah tidak bersedih hati...


    Bangunan Jaya
    isi minyak??

    Mak Ngah tertido dalam kete aku





    Makan dan Ramadan

    |
    Puasa dah dekat...tinggal beberapa hari je lagi....sepatutnye aku dah start makan secara skit atau kawal makan supaya tak la terkejut perut nie bile 1 Ramadan nanti...tapi......rezeki orang nak belanja makan bertambah - tambah plak...hadoii...anyway Alhamdulillah...rezeki jangan ditolak...minggu lepas je puas mekendarah kat opis...rodong - rodong wat makan-makan @ pot luck. Minggu nie plak dah dapat makan McD Chicken foldover...pastu ade plak yg belanja Pizza....ptg nie plak ade yang jemput makan Laksa...wah wah....gemok aku (mmg gemok pun dah ... ^__^"...)...takpe..takpe...kasi pulun habih sebelum puase hehehehehe....

    makan-makan jugak...jgn jadi camni sudah ye!!

    Lawatan ke Johor dan Kempunan Beriani Gam

    |

    Al kesahnye, aku dan rodong opis aku ni berlawatan la ke Negeri Johor pada 25dan 26 Mei 2012 yang lepas , hendak melihat tempat orang dan menambah ilmu dan cara orang sane. Aku ni dari awal-awal lagi excited gile sebab dah lama benor tak menjejak kaki ke Johor, kali terakhir adalah tahun 2002 dulu mase aku Konvo kat ITTHO. Lebih kurang 10 tahu jugak la baru bole lihat Parit Raja yang dah tak sama cam dulu. Alhamdulillah lawatan tue memang berjaya dan objektifnye tercapai la....tapi objektif aku untuk makan nasik beriani gam tak tercapai..T__T...punye la berangan-angan dapat makan skali tak dapat sebab kat tempat kite orang stop tue kedai dah tutup...hmmm last skali makan nasik ayam je la....hadooi..datang jauh2 skali makan nasik ayam je?

    Walaupun dah balik Dungun.....masih terbayang-bayang nasi beriani.....adoi..tak tido malam aku duk memikirkannye....mana nak carik nih?? kemudian baru aku teringat yang aku pernah makan nasik beriani yang sedap kat Kuantan dengan best friend aku Dr. Akramin...berbuka pose mase tue...bole tahan rasenye...puas hati la. Kerana dah teringin sangat nak makan nasi beriani, aku pun berdating la Kuantan atau lebih spesifik ke ECM sebab tempat yang jual nasik beriani tue adalah LAKSA SHACK...hehehe rupe-rupenye kedai Laksa pun ade menu Nasik Beraini Kambing!! SEDAP!!

    begini la rupe Nasik Beriani Laksa Shack

    Snow Leopard VS Lion

    |
    Snow Leopard dan Lion
    Agak-agak la kan...kalau dua ekor kucing kat atas ni bergaduh ...yg mana akan menang??...tapi itu bukan isunya huhuhu...mustahil dua kucing ni bertembung secara alami kerana habitat dua ekor kucing ni berbeza. Ape sebenarnye motif aku adalah nak citer pasal Macintosh OS X versi Snow Leopard dan yang terbaharu versi Lion (skrg dah kuar pulak Mountain Lion..). Bagi aku seorang penguna Apple Macbook Pro paling murah dipasaran....mase aku beli tue memang Lion dah release tapi belom lg didatangkan sekali dengan Macbook Pro...tetapi Macbook Air dapat pulak...adeh!.....untuk upgrade dari Snow Leopard ke Lion poket korang kene ade USD29.99....hmmm lebih kurang MYR105.00 la.....korang bole update kat App Store dengan semudah ABC...just pastikan Kredit Kad korang tak kene block huhuhuhu....Tapi sampai ke hari ini aku masih setia pada Snow Leopard (hahaha taik hidung masin... upgrade free xde??). Satu lagi yang membuatkan aku rase ralat yang amat sangat bile aku dpat tahu yang Apple bagi free voucher upgrade ke Lion untuk mereka yang beli Macbook dan iMac dari bulan Mac ke Jun 2011 yang lepas....tapi aku yang malang ini terlepas pandang dan tahu pada Julai....hampeh betoi..

    Ice Cream sandwich

    |
    Maskot ICS

    Ice cream memang sedap dimakan...lebih2 kalau hari panas..terasa nikmatnye. Tapi pos ni bukan pasal ice cream yang bole dimakan...tetapi pasal OS yang baru bagi mengantikan OS Android 3.0 Honey comb Tab 10.1 aku...aku ni dah naik bosan dengan Samsung sebab asik buat drama bile nak update semua Galaxy Tab generasi pertama....Tab2 semua dah siap ade Android 4.0.3 ICS yang begitu menjeleskan aku...hampeh betul Samsung...nak suruh org tukar ke Tab2 la tue....kasi sale kencang new product diorang...hmmm. ICS ni sebenarnya tak banyak beza pun dengan Honey Comb, cuma interface nampak lebih smart dan smooth. Dengar citenye dalam bulan Julai atau Ogos update akan di push secara "on air"...bile la ni...penat dah menunggu... T__T...

    Galaxy Tab2 10.1 dengan ICS  

    Cover Book Tab 10.1

    |
    Al kisahnye, aku naik bosan melihat cover book tab aku yang dah huduh tue.....beli kemain mahal tapi tak tahan pun......yang ini aku beli RM80.00 kat ECM...kalau kat Dungun lagi la MAHAL bole pulak satu kedai di Mesra Mall bole letak rege dekat RM200.00 (gile ke hape!!!) . Tapi ku sangka panas ke petang rupanye hujan di tengah hari....walaupun cover book ni nampak smart dan slim ...tapi kulit dia tak tahan calar...bile dah calar nampak huduh sangat..

    Cover Book oleh Samsung
    Dipendekan cerita aku pun beli la yang baharu kat ECM (jugak). Tapi kali ni buat aku terkejut betul...agak2 nye tablet ni dah jadi trend zaman sekarang sampai hampir semua manusia ade Tablet...tak kesahla  cap Galaxy Tab ke, Ipad...dan cap lain yg aku musykil nak menyebutnye. Oleh kerana ramainye umat yang pakai tablet...harga cover book ni dah jatuh gile2. Siap kasi free dengan screen protector bagai.....dengan hanya berharga RM60.00 aku dapat Cover book baru lebih tahan calar dan tukar screen protector baru jenis gloss ....yang sebelum jenis Anti finger mark....tapi aku tak suke sebab nampak kelabu je skin tab aku....dah le MAHAL plak ...sebab aku pasang kat kat Dungun...(Moral of the story....jgn beli brg kat Dungun..Mahal!!)

    Cover book ni ala Ipad tapi untuk tab 10.1(abaikan water mark tue)

    Terengganu maju impianku.....

    |
    Salam, hehehe....tup tup apesal plak Terengganu jadi first isu aku nak sembang? tak lain dan tak bukan sebab aku dah jadi penduduk tetap kat Terengganu nih. Terengganu memang terkenal dengan pantai yang cantek, orangnye mesra dan baik, makanan yang pelbagai pesen dan ragam tapi semua korang dah tau kan...tak payah nak citer la..sape yg tak tau Pulau Kapas dan Redang???
    Tetapi tahukan anda bahawa Terengganu merupakan sebuah negeri yang harga makanannya antara yang termahal di Malaysia? Ya...kajian yang telah dibuat oleh KPDNNK dan UMT telah membuktikan harga makanan di seluruh negeri ini mahal!! (akhirnya ade jugak pihak yang buat kajian). Oleh itu, sesiapa yang teringin untuk berkunjung ke Terengganu sila pastikan poket anda agak tebal sedikit.....harga ikan-ikan di sekitar Dungun sahaja adalah sekali ganda dari tempat lain...sebagai contoh Ikan Selar sahaja dijual dengan harga RM14-15 sekilo....kalau ditanya, mudah je jawapan nya: "ikan segar nims"...padahal ade je aku tengok ikan air batu......beginilah senaro harga makanan disini...bukan barang basah sahaja mahal...harga makanan masak siap seperti nasik ayam, nasik kukus dan nasik-nasik yang lain jugak lebih mahal dari Kuala Lumpur hatta bandar Kuantan...ape pun keropok Terengganu memang terbaikkk!!! :)

    Sambil-sambil korang memikirkan isu ni...sila layan lagu Terengganu Impianku.....


    Selamat Datang ke " EkspresiKu"

    |
    Salam dan selamat datang, terima kasih kerana sudi kunjung blog baharu yg lama ini...huh? selepas beberapa tahun blog asal di tutup baru la sekarang nak aktif balik....hehehehe..motif? mungkin hendak mengisi masa lapang aku kot...hehehe..

    Pengikut Tersohor

    Search This Blog

    ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!