Proton Exora Bold: DIY Sealing gap pada petrol filling hole.

|

Memandu dengan bau petrol semerbak didalam kabin sudah tentu tidak menyenangkan

Salam semua, antara masalah yang sering dihadapi oleh pemilik Exora ialah bau petrol yang kuat dalam kabin kereta apabila selesai mengisi mintak di pam petrol. Hal ini sebenarnya berpunca dari pada masalah wujudnya gap atau celah di tempat mengisi petrol exora yang tidak kedap... oleh itu wap petrol boleh memasuki kereta..

Anak panah menunjukan tempat-temapt yang mempunyai gap
Cara menyelesaikan masalah ini adalah dengan menutup gap tersebut dengan silikon yang biasa digukanan untuk kerja-kerja kemasan di dapur dan bilik air. Silikon ini boleh didapati di mana-mana kedai hardware dan harganya murah.
Contoh silikon yang diguna untuk kerja kemasan dapur dan bilik air
langkah yang pertama , buka 2 bolt dengan tangkai rachet yang bersesuaian.
Buka kedua-dua skru bolt ini

Bole guna rachet saiz 10 kalau tak salah
Seterusnya, sapukan atau letakan silikon dikawan yang mempunyai gap.. rata-ratakan dengan jari je.. jangan bimbang, jari-jari tuan -tuan tidak akan melekat.

Sapukan silikon ditempat yang mempunyai gap

Hasilnya macam ni la... biarkan kering dengan sendiri
Apabila sudah selesai, biarkan silikon tersebut mengeras sendiri. Pasang semula penutup besi tadi dan pastikan ia selari kalau tak susah pulak nak bukan pertol lid tue nanti. Sekian dan selamat mencoba.

Pengikut Tersohor

Search This Blog