Family Holiday Trip ke Bandar Kuching

|



Salam semua.. setelah agak lama tidak berjalan makan angin bersama keluarga.. malah kali terakhir adalah pada tahun lepas..kami berombongan ke Bandar Bintulu.. kisahnye ade disini dan disini..

Alhamdulillah, januari yg lalu anak pertama kami telah selamat lahir.. sempena itu ibu mertua dan adik ipar aku datang ke sarawak bagi membantu isteri berpantang..Alhamdullah dan terima kasih. Jadi setelah isteri sudah cukup sihat dan boleh bergerak, kami merencana percutian pendek ke Bandar Kuching dan Serikin sebagai tanda meraikan tetamu kami. Sudah banyak ajakan dari kawan-kawan untuk berkonvoi ke sana ..tapi apakan daya..sang isteri yang sarat masa itu ..aku pikir kurang eloknya bermufasir jauh.. tambahan pula Proton Gen2 kami asik meragam sejak dua menjak ini...

Ape yang dirancang dikabul Allah jua, dengan menaiki kenderaan baharu kami berlima sekeluarga bertolak seawal pagi kerana perjalanan ke Kuching akan memakan masa sehingga 10-12 jam.. syukur.. Proton Exora memang memberi keselesaan semasa perjalanan.. bila sudah bergelar suami dan ayah.. kenalah memikirkan keselesaan keluarga dalam kenderaan..fasa baru yang pasti dilalui bagi semua lelaki.

Berpandukan GPS dan penerangan kawan-kawan.. jalan ke Kuching agak mudah.. tiada perlu melalui simpang dan jalan yang mengelirukan. Tepat pukul 5 kami sekeluarga sampai ke Hotel penginapan di Bandar Kuching.. berhampiran Waterfront... mercu tanda kebanggaan warga Kuching.


Hari 1( Jumaat 7 March 2014)

Hari ini kami dalam kete je... sebab hari perjalanan.. sampai di Hotel sudah agak petang.. semua dah penat dan mahu baring berehat..aku pun penat jugak.. tp kerana perasaan ingin tahu yang tinggi..di gagahkan jugak tubuh ini untuk turun dari bilik dan berjalan-jalan sorang diri ke Waterfront..sekadar ambil angin dan site seeing tempat-tempat yang menarik untuk esok.

Hari 2 (Sabtu 8 March 2014)

Pagi-pagi lagi kami sudah bersiap.. Puan Farah mahu sangat berjalan-jalan melihat Pasar Serikin yang begitu tersohor ... mesti pergi seawal mungkin kerana ianya terletak agak jauh iaitu 2 jam perjalanan dari pusat bandar.. pasar Serikin merupakan sempadan Malaysia-Indonesia.. dan bolehlah ku katakan ia seperti Pekan Sungai Golok atau Padang Besar di semenanjung. Sediakan Payung dan topi... hawa disini sangat panas dan hangat...

Barang-barang jualan disini kebanyakkannya ialah pakaian dan kain, hasil kraf kayu, dan barangan cenderamata...

Usai berbelanja di Serikin kami pulang semula ke bandar kuching..sempatlah berhenti seketika di Gua Angin untuk bergambar. Destinasi seterusnya kami menuju  Kampung Budaya Sarawak di Santubong.. disitu juga ada Pantai Damai yang terkenal. Kami tidak jadi masuk ke dalam Kampung Budaya itu lantaran bayaran masuknya agak mahal bagi pengunjung dari Semenanjung.. RM60.00 seorang. Mujurlah ade pantai yang siap dengan kemudahan berhampiran kampung itu sebagai ganti untuk kami bersiar-siar.

Gua Angin


Selepas itu, kami pulang ke hotel.. solat dan Puan Farah menukar lampin anak. Kali ini aku mengajak semua untuk berjalan kaki sahaja kerana hotel dan waterfront sangat la dekat.. sambil-sambil itu boleh bergambar di Tugu Kuching. Walaupun penat, keseronokan untuk menaiki bot penambang untuk membeli Kek Lapis mengatasi segalanya.. tahu-tahu kami sudah pun berada diseberang sana untuk mencari kedai pembuat kek Lapis Dayang..

ketika berjalan pulang, kami sekeluarga singgah di Sarawak Plaza untuk makan malam di restoran Pizza Hut.


kami hanya dapat bergambar digerbang sahaja

Arca Burung Menilin



kalau tak bergambar disini, tidak sah berkunjung ke Kuching



Waterfront Kuching

bot penambang, 50sen seorang ye


 Hari 3 ( Sabtu 9 March 2014 )

Hari ini hari akhir... kami check out seawal jam 8 pg mahu kerana singgah lagi di Waterfront kerana semalam belum puas berjalan-jalan di situ. kesempatan itu diambil untuk membeli belah disekitar kedai cenderamata yang menawarkan pelbagai jenis kraf pada harga yang lebih murah berbanding di Serikin..Selesai bergambar di waterfront, kami pun mula bertolak pulang ke Mukah...sempat singgah di Kuching sentral untuk makan dan akhirnya kami sampai di Mukah pada pukul 11 malam. 

Last shopping


Bangunan DUN Sarawak



Astana, kediaman Rasmi TYT

Buaya ini suatu kala dulu pernah memancutkan air dari mulutnya



tugu peringatan Rajah Brooke

chinese pavilion


Proton Exora Bold.. kenderaan rasmi keluargaku terkini.

|


Assalamualaikum dan salam sejahtera, lama jugak aku tak bersiaran di blog ini..barangkali kalau blog ini sebuah bilik..sudah pasti ia berhabuk dan bersawang. Maaflah.. kesibukan menguruskan kehidupan dan keluarga mengurangkan masa untuk blogging walhal terlalu banyak isu-isu yang aku ingin kongsikan.

Sementelah aku berpindah dari Terengganu dan kini berkhidmat di Sarawak, aku memikirkan sudah masanya aku menukar kenderaan kepada yang lebih family oriented, Proton Gen2 aku juga sudah masuk fasa genting..major service dan part replacement.. timming belt.. rotor belakang sudah haus.. brake pad.. absober ..semua sudah sampai umur... malah handle jugak sudah mula reput..hmmm.. dukacitanya di Mukah ini kurang bengkel-bengkel yang aku kira berkebolehan untuk membaik pulih Gen2 kesayanganku..

Akhirnya, setelah difikir dan ditimbang sedalam-dalamnya... kami memerlukan kenderaan baharu yang lebih selesa.. maklumlah.. setelah membuat perbandingan.. antara model-model seperti Alza, Grand Livina, Toyota Avanza.. malah Toyota Wish (secondhand)...kami memilih PROTON EXORA BOLD PREMIUM 1.6 TURBO...

Exora Bold pilihan kami.. warna Elegant Brown
Alhamdulillah, semua urusan bank dan tempahan berjalan baik...cuma no pendaftaran kereta agak lambat sedangkan kereta sudah ada di kedai. kini sudah hampir 7000km Exora membawa kami sekeluarga.. paling terbaharu family holiday di Kuching yang memakan masa selama 10jam perjalanan..

Okla.. sekarang aku mahu berkongsi ape yang best dan ape yang tak best pasal Proton Exora Bold 1.6 Turbo ni..
Tempat letak barang peribadi yang banyak

DVD player untuk orang belakang

Yang Best :


  1. Sebuah MPV yang sangat luas dan selesa
  2. Kuasa enjin CFE 1.6 mencukupi dan memberi keyakinan untuk memotong
  3. pemanduan yang agak baik
  4. Ade reverse camera yg sangat membantu ketika parking.. paparan di cermin pandang belakang
  5. Ada DVD player.. penumpang tidak bosan
  6. kerusi berbalut SEMI-LEATHER (claim leather..)
  7. kerusi belakang boleh dilipat secara versatile ..suka hati la nak lipat semua ke ..separuh ke..
  8. Cermin pandang sisi yg besar.. ada signal dan electric power folding
  9. Boleh control CD player di stereng
  10. Banyak tempat letak botol air dan macam-macam compartment
  11. Aircond sampai 3rd Row
  12. Design Bumper depan cantik
  13. Brek cakera depan-belakang



Yang Tak Best :


  1. Takde ISOFIX point.. ini sangat menyedihkan sedangkan model Exora pasaran Australia dilengkapi ISOFIX... Malaysia xde... Family MPV sepatutnya wajib ade..substandard!
  2. 2 sahaja Air Bag... lagi sekali... Model Australia ade side airbag..jadi semuanya 4 airbag.
  3. Masih lagi pakai 2 point seat belt untuk penumpang tengah 2nd row... kenapa model export boleh ade 3 point seatbelt... sedangkan Saga SV pun dah 3 point seatbelt untuk penumpang tengah.. kecewa jugak..
  4. Ade satu je power soket 12v... kalau ade satu lagi kat belakang lagi ideal.  Ada dua sebenarnya :) (untuk model premium shaja)
  5. Stereng tak teleskopik...hehehe..(yang ni mengada nak ala2 kete mahal :P )
  6. Tempat letak air atau cup holder yang tengah antara driver dan penumpang depan sangat jauh kebawah.. jd kalau tgh memandu kene membongkok nak ambil air..agak bahaya!
  7. kualiti part agak kurang memuaskan.. disc rotor mudah bercalar... speed sensor/ABS sensor mudah rosak dan beberapa bahagian lain mudah wear n tear sebelum waktu yang munasabah.


Perbezaan antara Exora tempatan dan Exora untuk pasaran Australia
Pun begitu, aku kira memiliki Exora ini amat memuaskan hati aku walaupun bukan 100%...hehehe..tamak?

Pengikut Tersohor

Search This Blog