Proton Exora Bold: DIY Sealing gap pada petrol filling hole.

|

Memandu dengan bau petrol semerbak didalam kabin sudah tentu tidak menyenangkan

Salam semua, antara masalah yang sering dihadapi oleh pemilik Exora ialah bau petrol yang kuat dalam kabin kereta apabila selesai mengisi mintak di pam petrol. Hal ini sebenarnya berpunca dari pada masalah wujudnya gap atau celah di tempat mengisi petrol exora yang tidak kedap... oleh itu wap petrol boleh memasuki kereta..

Anak panah menunjukan tempat-temapt yang mempunyai gap
Cara menyelesaikan masalah ini adalah dengan menutup gap tersebut dengan silikon yang biasa digukanan untuk kerja-kerja kemasan di dapur dan bilik air. Silikon ini boleh didapati di mana-mana kedai hardware dan harganya murah.
Contoh silikon yang diguna untuk kerja kemasan dapur dan bilik air
langkah yang pertama , buka 2 bolt dengan tangkai rachet yang bersesuaian.
Buka kedua-dua skru bolt ini

Bole guna rachet saiz 10 kalau tak salah
Seterusnya, sapukan atau letakan silikon dikawan yang mempunyai gap.. rata-ratakan dengan jari je.. jangan bimbang, jari-jari tuan -tuan tidak akan melekat.

Sapukan silikon ditempat yang mempunyai gap

Hasilnya macam ni la... biarkan kering dengan sendiri
Apabila sudah selesai, biarkan silikon tersebut mengeras sendiri. Pasang semula penutup besi tadi dan pastikan ia selari kalau tak susah pulak nak bukan pertol lid tue nanti. Sekian dan selamat mencoba.

Fotografi: Sesi bergambar Fayyadh sempena ulang tahun kelahiran pertama

|
Syukur pada Allah S.W.T, pada tanggal 27 Januari 2015 ..genap lah sudah umur putera pertama kami. Sebagai tanda syukur kami sekeluarga pun membuat sedikit jamuan kecil-kecilan bagi meraikan hari itu dengan rakan-rakan sekerja di kuarters kami yang serba kurang itu. 

Alhamdulillah, walaupun kecil dan sederhana .. tetamu yang berkunjung bertali arus sampai lah ke malam. Walau penat.. tapi kami puas menyantuni para tetamu. Mudah-mudahan kehadiran mereka bersama doa buat kesejahteraan anak kami.

Keesokan harinya, kami merancang untuk bergambar kenang-kenangan di Taman Boulevard Mukah. Walaupun taman tersebut sedang melalui hari-hari suramnya, namun aku kira tempatnya masih cantik. Seandainya pancuran air dan kolam - kolam disana diselenggara .. maka aku kira betapa indahnya taman ini sebagai penyeri bandar Mukah. 

Terasa agak teruja, agak lama tidak menyentuh kamera tuaku. Nikon D700 yang lama diam di dalam "dry box". Kalau ia punyai jiwa dan suara, barangkali sudah pasti ia berteriak kebosanan..hahaha. 











Fotografi: Sony NEX 3N - Selepas puas DLSR ku cuba Mirror less Camera

|





Sony NEX-3N dengan Lensa 16-50mm OSS

Lama juga aku tidak berbicara fasal fotografi dan kamera. Bukan setakat agak lama, tetapi memang sangat lama. Tapi ini tidak bermakna aku sudah meninggalkan dunia fotografi yang sudah sebati dengan diri ini.

Sebelum ini, aku sudah lama mendengar dan membaca mengenai kamera berkonsep baharu dengan keupayaan setara DLSR. Walaupun aku agak was -was dengan idea "setara DSLR", aku tidak nafikan kamera tanpa cermin ini sememangnya mempunyai ciri-ciri yang bagus. Malah saiznya yang lebih kompak dan ringan amat memenangi hati pengguna. Oleh sebab inilah aku memilih untuk memiliki sebuah kamera ini setelah beberapa lama berfikir.

Sony NEX-3N adalah model yang aku pilih.. warna putih.. kebetulan ia adalah stok terakhir.. maka harga yang aku dapat amat berbaloi. Kemera ini banyak juga kelebihanya seperti:



  • Kualiti gambar 14megepixel yang agak baik. Namun, belum boleh menanding kualiti kemera tua aku Nikon D700 yang aku kira mutu gambarnya amat tersohor.
  • Saiznya amat kompak dan ringan... membawa sebuah kamera DLSR untuk tujuan sesi bergambar secara santai bukan la satu hal yang menyenangkan, ia berat dan besar serta perlu digantung dileher... tetapi Sony Nex 3N ia boleh dimasukkan dalam poket jaket atau dipegang tanpa rasa lengguh.
  • Kualiti videonya sangat mengagumkan aku. Ciri penstabil lensa apabila merakan video amat-amat menakjubkan.. malah tanpa perlu tripod.. hasil rakaman begitu lancar tanpa getaran.
  • Saiz sensor adalah APS-C.. setara model-model DLSR seperti Nikon D3000 dan D7000..
  • Rekabentuk yang aku kira agak moden dan menarik.. Lampu denyar terbina dalam boleh dipusing ke atas untuk hasil pencahayaan yang baik.
untuk review yang lebih lengkap, silakan lah ke laman ini http://www.digitalcamerareview.com/default.asp?newsID=5418&p=2

Family Holiday : Mukah - Brunei - Kota Kinabalu - Kundasang

|

Penuh cop Imegresen... 

Sebenarnya trip ni berlaku pada tahun lepas bulan 5 sempena cuti Gawai Dayak dan Pesta Keamatan.. tetapi keadaan masa dan mood untuk menulis tak berapa nak ada... jadi tertangguh la sekian lama nya. Pada masa itu pun Fayyadh baru berumur 6 bulan. Trip kali ini kami sebenarnya berkonvoi dan diketuai oleh seorang staff PMU yang berpengalaman memandu sampai ke Kota Kinabalu. Perjalanan yang memakan lebih kurang 2 hari dari Mukah ke Kota Kinabalu yang jarak perjalanan menjangkau 1000km amat mencabar minda dan fizikal. Tujuan saya menyertai rombongan ini salah satunya adalah untuk mencuba kenderaan baharu kami..Proton Exora... ingin tahu tahap keselesaan apabila memandu untuk jarak yang jauh. Selain itu, ingin mengambil peluang untuk melihat tanah Borneo ini dengan mata sendiri.

Sebelum perjalanan yang dirancang, semua ahli-ahli konvoi diberi taklimat mengenai jalan yang bakal ditempuhi, pos-pos imegresen dan persiapan-persiapan lain serta hal-hal teknikal yang perlu kami tahu kerana konvoi ini akan memasuki Negara Brunei Darussalam..oleh itu penting kita perlu mengetahui akan undang-undang dan peraturan disana. 

Para Gentlemen ...a.k.a driver

para ibu-ibu dan anak-anak

Fayyadh baru umur 6 bulan

Insignia Kami

Checkpoint pertama di McD Miri

Di Pusat akuatik UMS


Muzium Sabah


Kaki Gunung Kinabalu



pemandangan puncak Kinabalu dari homestay kami di Kundasang


Cantik dan segar bunga-bunga disini



Kundasang Dairy Farm






Hot spring





Proton Exora Bold: Update Recall dari proton..

|
Alhamdulillah, selepas berminggu- minggu aku menunggu...akhirnya penantian itu berakhir jua.. Manager SC Mukah berjaya mendapatkan replacement part untuk kerja rework radiator Exora aku ni. Nak menjadikan cerita, Exora Bold aku yang pertama seumpamanya di Mukah ini yang menyahut recall dari pihak proton. Oleh itu, mekanik minta tinggalkan Exora seharian di SC untuk kerja - kerja rework dan minor service.. dia kata kena take time sebab yang pertama ..takut salah dan merosakkan lagi keadaan. Aku ok je.... Nasib la ada kawan yang sedang bersiaran di pasar Mukah... dapat aku menumpang balik ke pejabat.. Pukul 3.30 ptg, telefon aku berdering... Exora dah siap... RM 191.80 kos service, copper nipple tue FOC. Sakarang dah rasa lega, sebelum ni bila nak jalan jauh je... tak senang hati takut problem di tengah jalan... TQ SC Mukah :)
selepas proses "rework"

Pengikut Tersohor

Search This Blog