Pada bulan September yang lepas, kami telah meluaskan langkah menjelajah negeri Sarawak ke bandar Bintulu. Bintulu adalah bandar kedua terdekat dengan Mukah selepas Sibu, cuma Bintulu menghala ke utara Sarawak manakala Sibu berada di selatan Mukah. sebagai sebuah bandar yang terkenal dengan industri "oil and gas", Bintulu berkembang pesat dengan pembinaan bandar-bandar satelit sekitar Bintulu. Trip kali ini kami berkonvoi dengan 2 lagi famili staf JKM dan merancang untuk berBBQ di pantai peranginan terkenal Bintulu, Pantai Tanjung Batu.
Walaupun pada awalnya sedikit masalah teknikal berlaku kerana kami gagal mendapatkan tempat penginapanan untuk 3 keluarga gara - gara kurang perancangan awal dan kebetulan pula Bintulu sedang meraikan Pesta Tanglung...semua hotel penuh..akhirnya terpaksalah kami semua menyewa bilik di Motel murah berhampiran Tugu Bintulu. Acara BBQ juga terpaksa ditunda ke esokan harinya.
Alhamdulillah, BBQ tetap berjaya malah rakan-rakan lain yang tinggal di Bintulu juga turut serta.. agak meriah dan seronok kerana sebagai orang baru inilah masa untuk ice breaking dan berkenal mesra dengan meraka.
Kami juga berkunjung ke Taman Tumbuhan dan Binatang...singkatannya Taman Tumbina Bintulu... sebuah taman kecil yang mempunyai banyak haiwan-haiwan umapama mini Zoo. pada sebelah malam kami juga mengunjungi tapak pesta Tanglung. sekadar melihat-lihat gerai jualan dan konsert. Seterusnya tak lengkap kalau tak berjalan ke Shopping Mall! Bintulu mempunyai beberapa Mall yang sederhanda besar dan kami memilih untuk membeli belah di Park CityMall Bintulu.
|
Taman Rama-Rama |
|
Ahli Rombongan Che Kiah |
|
BBQ!!! |
|
Tanjung Batu |
|
Tugu Bintulu |
0 comments:
Post a Comment