Pasar Sabtu Oya

|
Sebermulanya aku dan isteri berkhidmat di Mukah ini, ramai jugak yang bercerita akan sebuah pasar pagi di satu pekan kecil ...iaitu Pekan Oya. Terletak kira-kira 25 km dari Politeknik Mukah, Oya merupakan satu daerah kecil dalam Bahagian Mukah.

Akhirnya pada tanggal 21 September 2013 yang lepas kami merencana untuk berkunjung ke Pasar Sabtu Oya yang menjadi buah bualan ramai staf PMU. Ternyata perjalanan ke Oya begitu tenang sekali, mungkin hawa dingin pagi dan suasana kiri kanan jalan yang menghijau dengan tumbuhan Nipah dan Rumbia. Sesekali melintasi rumah-rumah kampung serta kebun-kebun pisang juga satu pemandangan yang menyenangkan mata.

Pada awalnya kami agak tertanya-tanya dimanakan terletaknya pasar pagi itu...mata liar melihat mana-mana papan tanda yang boleh dibuat panduan...tapi malang...tiada padan tanda melainkan papan tanda ke Dalat, Daro atau Igan. Mujurlah Pekan Oya tidaklah sebesar mana..kami akhirnya berjaya sampai ke tapak Pasar Sabtu Oya yang berhampiran dengan sebuah bualatan yang aku kira amat besar... Pn. Farah cukup gembira...maklumlah isteriku ini sememangnya kaki pasar...
Umai pun ade...

Pasar ini tidak lah sebesar mana, tetapi tetap menarik

hehehe..Pakcik Koboi

Hasil Laut juga ada..

Nenas Sarawak, Terbaik!!

Jeti kecil 

Sayuran

Cucur udang..agak unik cara masaknye

kacang kuda?

Terendak, ikon utama dalam budaya Sarawak

Suasana Pasar Sabtu Oya
 akhirnya, apa yang tak disangka- sangka telah kami temukan...kerepok lekor yang digotel dan di masak terus!! sedap... mengungkap kemabli nostagia kerepok lekor Terengganu... setiap kali datang ke pasar ini..pasti tak lupa beli keropok lekor akak ini, malu-malu plak akak tue bila aku ingin merakamkan gambar beliau...
Hmmm... Sedap!

Malu-malu akak tue ...

Digotel dan terus digoreng, Terbaik!!

0 comments:

Post a Comment

Pengikut Tersohor

Search This Blog

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!