Terus terang aku dan isteri tiada masalah mengunakan barangan jenama 1 Malaysia, rasa dan kualitinya masih baik walaupun bukan sebaik jenama - jenama tersohor. Jika dari Politeknik Mukah, KR1M ini hanya dalam 5 minit perjalanan..depan sedikit dari Petronas. Baragan yang selalu kami beli adalah seperti Tepung Gandum 1M, Susu pekat 1M, Sardin 1M, bijiran sarapan 1M, pencuci pinggan 1M dan banyak lagi la...
Tak dinafikan, pembukaan KR1M ini banyak memberi kemudahan kepada aku dan isteri untuk membeli belah kerana ia adalah kedai keperluan terlengkap yang paling terdekat dengan PMU.
KR1M Mukah |
1 comments:
Post a Comment