Pasar Basah Mukah

|
Bandar Mukah terbahagi kepada dua, pekan lama dan bandar baharu yang ternyata lebih tersusun. Di bandar baharu itu jugak lah berdiri beberapa landmark tanda kemegahan Bandar Mukah seperti Menara Pehin Sri Setia Raja dan Bangunan Baru Pentadbiran Kerajaan. Kisah bangunan-bangunan ini akan aku kisahkan dalam post yang lain. Hari ini aku nak bercherita akan hal pasar basah Mukah yang aku kira agak meriah dan menyeronokan untuk didatangi.

Terletak di kuala Batang Mukah, pastinya disitu jugak lah terletak jeti nelayan untuk menaikkan hasil mahsul lautan yang terbentang luas. Dikala pagi suasana disini begitu sibuk dengan gelagat manusia samaada yang berjual mahupun pembeli yang asyik dalam tawar - menawar membeli keperluan. Oh ye, sekiranya anda masih bujang..mungkin disini bukan tempat korang sebab orang bujang jarang ke pasar.. tapi bagi yang dah berkeluarga...pasar adalah kemestian bagi para isteri mencari keperluan dapur untuk seisi keluarga.

Aku fikir, pasar Mukah sangat menarik...malah isteriku pun begitu tertarik dengan harga dan hasil laut yang murah dan segar!! jika mahu dibanding dengan tempat kami menetap sebelum ini... harga yg ditawar jauh lebih murah.... sampai sukar diterima akal. Tapi.... jangan terlalu gembira! kerana kalau ade yang murah pasti ade yang mahal.. disini rata-rata bawang dan belacan dijual agak mahal, mujurlah sayuran hijau masih membuatkan si isteri tersenyum..


Dihujung pasar ini pula ade beberapa gerai yang berjualan kueh-kueh dan goreng pisang. Paling menarik perhatian aku adalah gerai yang menjual kueh "penyaram", sebenarnya kueh ini ada di semenanjung... cuma namanya lain..iaitu Cucur Jawa..kalau di Kelantan dipanggil kueh topi dan berwarna puteh kerana mengunakan gula pasir.. disini..orang tempatan mengunakan Gula Nipah atau lebih dikenali sebagai gula apong. Rasa enak gula apong inilah yang menjadi kegilaan aku lantaran rasanya yang hampir seperti gula kabung di Pahang.  

Jeti Kuala Mukah

Kek Lapis Sarawak pun Adooo..

semua ade ye

kalau dekat raya, ketupat nipah ade dijual

meriah!!

murah-murah setompok

beli kueh penyaram yang hangat dari kuali..Nang antap!!!
Ikan aye pun ade kat sini..

0 comments:

Post a Comment

Pengikut Tersohor

Search This Blog

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!