Mukah: Tanggapan Awalku

|


Mukah adalah salah satu residen/daerah di Sarawak, disinilah asalnya ketua menteri sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud...beliau berketurunan Melanau..satu bangsa bumiputra yang banyak di Mukah ini. Kebanyakan orang Melanau beragama Islam, tetapi ade juga yang beragama lain. Melanau Muslim ini tak jauh beza dari orang Melayu, mereka berbaju melayu dan bersongkok lengkap bersamping songket ketika berhari raya. 

5 tahun dahulu, jalan-jalan raya di Mukah tidak secantik sekarang... jalan batu adalah biasa dahulu..apabila musim hujan...dikatakan jalan-jalan ini bertambah teruk kerana lumpur. Tapi itu semua sudah berakhir, ternyata pembangunan tetap melanda Mukah. Syukur... aku sebagai generasi terbaharu berhijrah disini, dapat merasakan bertapa susah dan perihnya perintis-perintis di Politeknik Mukah ini..

Bandar Mukah agak kecil tetapi terancang, pekan lamanya tetap jadi tumpuan orang ramai kerana disitulah terletak pasar basah yang menawarkan hasil laut yang begitu pelbagai...malah harganya begitu murah berbanding Semenanjung... bagi mereka yang gila makanan laut..pasti rambang mata.. bagi aku..yang tidak minat/makan ikan.... sekadar melihat-lihat hasil tangkapan yang pelbagai jenis...


Disini jugalah korang bole melihat orang berjual pelbagai macam makanan asli disini...ulat mulong begitu popular..dijual segar masih hidup... begitu juga sagu dan lemantak..murah-murah!!!


okla, nanti aku update lagi ... termasuk pengalaman berhari raya di Mukah...hehehe...  sebelum tue..korang tengok la beberapa gambar yang aku snap pakai S4 aku yang bengong itu...

Sejurus sebelum mendarat di Airport Sibu, di Mukah hanya Twin Otter je bole landing...737...maapla ye

sayuran, labu, daun nipah dan lemantak banyak dijual dipasar Mukah

Ulat Mulong/ Sagu... makanan kegemaran bg yg bukan muslim

ikan bilis... nampak segar
Udang Kara... ada yang lebih murah

0 comments:

Post a Comment

Pengikut Tersohor

Search This Blog

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!