Lensa baharu Nikkor 24-70mm f2.8 ED

|
Tahun ini tahun yang sangat sibuk sehingga aku tak dan masa untuk berhobi. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk bergiat aktif semula berkarya dalam fotografi. Satu keputusan besar jugak aku lakukan untuk menukar  sistem ke Format FX. Sebelum ini aku mempunyai dua buah body Nikon D7000 dan Nikon D700. Bole dikatakan aku mempunyai koleksi lensa DX yang agak lengkap sperti Nikkor 17-55mm f2.8 ED Dx dan Nikkor 85mm f3.5 micro DX. Tapi aku tak cukup modal nak beli Nikkor 24-70mm f2.8 ED untuk D700 aku..hehehehe. Sebagai ganti aku beli Tamron 28-75mm f.2.8 sebagai ganti kerana harganya cukup murah dan kualiti gambar yang agak memuaskan berbanding Sigma.


Tapi aku tetap memasang impian untuk memiliki lensa nikkor 24-70mm itu jugak. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk swap Nikon D7000 + Ori BG + Nikkor 17-55mm dengan lensa 24-70mm di kedai Fotosun di Kuantan. Walaupun aku kehilangan satu set D7000 bersama lensa DX yang cukup baik..tapi aku rase ia berbaloi untuk aku tukarkan dengan lensa 24-70mm walaupun lens tu secondhand tetapi nampak sangat owner sebelum ini sangat jarang mengunakan lens itu.

selamat tinggal D7000 ku, semoga kamu mendapat tuan yg lebih baik
So sekarang aku hanya mengunakan satu body, D700 bersama dengan koleksi lens aku Nikkor 24-70mm f2.8 ED, Sigma 70-200mm F2.8 HSM II macro dan prime lens aku Nikkor 50mm f1.4.
Hari pertama D700 aku disandingkan dengan Nikor 24-70mm.. Perfect!!
Target aku plak sekarang ini adalah untuk memiliki lens ultra wide fullframe Nikkor 18-35mm f3.5-4.5 yang berharga dalam lingkungan RM 2100.00. InsyaAllah jika lens Tamron dan Nikkor 85mm micro dapat dijual...dapatlah aku merasa len ultra wide nie. 
Lens impian seterusnya....InsyaAllah


0 comments:

Post a Comment

Pengikut Tersohor

Search This Blog

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!