DIY Cuci Throttle Body Gen2

|
Baru - baru nie, bilaku memandu kete Gen2 aku terasa lain semacam. Terasa seperti pecutannya agak sembab...seperti ade sesuatu yang tersumbat. Setelah aku pikir - pikir mesti TB aku yang dah kotor...nak katekan minyak itam dan ATF masih lagi jauh milage nye. 

Di suatu petang yang elok cuaca..tak hujan, balik saje dari opis aku dah berkira-kira untuk membuka TB aku. Sebelum ini aku tidak pernah meleraikan TB dari blok enjin gara-gara klip kabel Drive by wire yang tak tahu aku nak membukanya. Kali ini aku tekad mesti membuka TB ini dari blok supaya dapat aku cuci luar dan dalam. Akhirnya dapat jugak aku bukak clip tue..tak susah tapi perlu tau nak tekan satu trigger untuk unlock clip tue. Untuk meleraikan TB dari blok hanya memerlukan rachet dan dan kepala nat saiz 8mm dan 5mm kalau aku tak salah. Hanya ade 4 skru yang perlu dicabut. 

Selepas dileraikan, bole la dicuci mengunakan kain sekiranya kotaran tidak banyak..tapi kalau sudah penuh endapan dan daki-daki degil...sila lah guna Carburator Cleaner yang dalam bentuk aerosol. Semburkan ke tempat kotoran dan sapukan dengan berus supaya kotoran cepat tanggal. 

inilah TB campro yang telah ditanggalkan dari blok

Gunakan kain bersih untuk mengilap throttle sehingga berkilat....
dah berkilat pun!! siap untuk dipasang semula
Apabila dah berpuas hati dengan tahap kebersiahan TB, pasang semula TB dan jangan lupa check semua sambungan perlu di sambung semula...jangan ade yang tertinggal!! Hasilnya kereta Gen2 aku lebih pickup dan save minyak :)



0 comments:

Post a Comment

Pengikut Tersohor

Search This Blog

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!