Bon Voyage SE X10i ku....

|

Sony Ericsson Xperia X10i ini aku beli pada bulan Januari 2011di Kuantan Parade. Berwarna "Pure white" satu pilihan warna yang menarik bagi aku :)....X10i ini aku beli bagi mengantikan Nokia Music Xpress (yang kini dah rosak...). Selama setahun 8 bulan lebih kurang x10i ini berkhidmat kepada aku sebagai alat komunikasi, banyak jasa dan kenangan bersama X10i ini. Didatangkan dengan OS Android 2.1 Eclair (versi awal didatangkan dengan Android 1.5 Cupcake), satu peningkatan daripada versi awalnya. Pada akhir bulan Julai 2011, SE telah menaiktaraf OS telefon ini kepada versi 2.3 Gingerbread...malangnya ini menandakan Xperia X10i telah sampai ke kitaran akhir hayatnya, X10i tidak lagi bole menerima versi terbaharu android...Oleh itu, telah tiba masanya aku melepaskan X10 ini untuk berkhidmat pada orang lain..Walaupun X10 kelihatan seperti outdated pada masa kini kerana saingan dari model-model baharu seperti X12 Arc, Sony Experia S dan Samsung Galaxy, ia masih mampu menjalankan pelbagai fungsi dengan baik...Facebook tanpa masalah, Instagram? juga okie!...Kamera? 8.1 Mp nya masih lagi antara yang terbaik sekarang...cuma prosessor 1.0 Ghz Snapdragon teras tunggalnya kadangkala agak sendat dan lambat bertindak balas...

Terima kasih Xperia X10i ku, kau telah banyak berjasa....bye - bye T__T

*lebih lanjut tentang Xperia X10i..klik sini

0 comments:

Post a Comment

Pengikut Tersohor

Search This Blog

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!