2003-2013 kenangan-kenangan terindah di Dungun, Terengganu

|
Satu dekad.... bagai sekelip mata, tetapi itu la hakikatnya. Aku rasa tidak puas tinggal disini...dan meninggalkannya amat berat sekali rasa hati ini. Sepuluh tahun bukan singkat, hampir 1/3 umur aku sendiri. Apa yang pasti terlalu banyak asam garam kehidupan yang aku lalui selama di Dungun. Kini, kerana tugas dan amanah aku berhijrah ..kali ini jauh... aku terbang ke Sarawak.. negeri kenyalang. Kenangan-kenangan bersama rakan-rakan sekerja, pelajar-pelajar, rakan-rakan Gen2 Club Terengganu dan juga rakan photographer tidak akan hilang dihati... sebait pantun dari aku buat semua kenalan dan sahabat handai:

Tuailah padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan...


Bersama team D'crew bagi menjayakan kursus fotografi

kenangan bersnokel di pulau perhentian

bersama rakan-rakan dalam perjalanan ke Pulau Perhentian

Kenangan bersama rakan-rakan sekerja semasa majlis perpisahan KJ

kenangan bersama ahli kelab G2CT di Tasik Puteri

berBBQ bersama rakan-rakan G2CT

Semoga kelab ini terus maju jaya

kenangan semasa konvokesyen PSMZA

Kenangan bersama pelajar-pelajar semasa program Cabaran Explore Race 2012


1 comments:

Unknown said...

Sya wakil dri G2CT mngucapkan slamat brjaya n bergembira kpda jai n wife,wlaupon prknlan kita terasa amat singkat tetapi kami dsni sentiasa menanti kepulangan jai d semenanjung..wlau jauh nun dsebarang tetapi kita tetap SAHABAT selamanya...selamat maju jaya n jaga dri dtempat org..blik semenanjung jngan lupa kami disini,kek lapis :)

Post a Comment

Pengikut Tersohor

Search This Blog

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!