Proton Gen-2: Head Skimming dan top overhaul

|
Campro S4PE  1332cc


Proton Gen2 ini terlampau banyak jasanya, banyak juga kenangan-kenangan dengan kereta ini. Penulis sebenarnya sudah mempunyai sebuah MPV bagi menganti kenderaan keluarga kami. Namun kerana harga minyak petrol semakin mahal, penulis memilih untuk mengaktifkan semula penggunaaan kereta lama kami ini. Penggunaan minyak Exora adalah kurang efisyen untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja dan pusat asuhan. Proton Gen2 lebih jimat kerana ia hanya 1300cc dan lebih ringan dari Exora. 

Usia Gen-2 kami ini sudah pun 11 tahun, bermula episod-episod kerosakan yang terpaksa penulis tanggung:

1. Menukar set timming belt, fan belt dan rocker head seal - perkara ini terpaksa ditukar kerana milage pada masa itu sememangnya menuntut penukaran alatan ini, Rocker head seal perlu ditukar kerana kebocoran minyak hitam amat kritikal sekali.

Set OEM dari proton RM230.00


2. Water pump - perkara ini sebenarnya penulis sangat menyesal kerana tidak dibuat sekali dengan penukaran timming belt, akibatnya Gen-2 kami overheat pada satu petang semasa sedang pulang dari pekan mukah.


3. Head Skimming dan Top Overhaul serta menganti Fan belt tensioner - Selepas kejadian overheating, penulis telah menghantar ke bengkel untuk menukar water pump yang baharu. pemeriksaan awal menunjukan tidak perlu buat top overhaul kerana bunyi enjin adalah halus. Tetapi apakan daya, selepas 2 minggu memandu ternyata head gasket sudah terbakar kesan dari overheating sebelum ini. Sekali lagi Gen2 terpaksa masuk bengkel lagi. Penulis bimbang kerana dengar cerita orang, head Campro tidak boleh dipotong atau di skimming.. tetapi mekanik mengatakan head campro boleh di potong pada kadar yang sedikit sahaja. Alhamdulillah, selapas skim dan top overhaul, prestasi enjin Proton Gen2 kami sangat baik seolah - olah enjin baharu. Apa yang kurang gembira penulis terpaksa mengeluarkan kos sebanyak hampir RM1400.00 untuk semua kerja-kerja skiming dan top overhaul termasuk alatgantian yang baharu.

head enjin telah dikeluarkan

4. Set Kunci Baharu dan getah tingkap - hendak dijadikan cerita, kami sekeluarga pulang bercuti ke kampung agak lama. apabila pulang ke Mukah, malangnya kereta kami kehabisan bateri. Proton gen2 ini hanya mempunyai 1 slot kunci sahaja iaitu pintu sebelah pemandu. malangnya kunci (lock barrel) itu telah jem..tidak dapat dipusing lagi. Dipendekkan cerita penulis telah mendapatkan kihdmat seorang mekanik untuk mengopak pintu kereta... kerosakan yang terpaksa dibuat adalah menanggalkan getah pintu untuk mendapatkan ruang bagi menjolok tuil selak dengan pembaris.

Getah ini berharga RM80.00 ye .. bukan murah

Key set ini berharga RM178.00 mengandungi start barrel dan door barrel serta 2 kunci 

start barrel yang asal
5. Central lock actuator pintu penumpang belakang - Penulis DIY pemasangan alatan ini, proses agak mudah dan untuk pengetahuan pembaca, actuator Proton gen2 ini adalah sama dengan actuator kereta Renault... harga seketul adalah RM60.00

Inilah rupa central lock actuator Proton gen2

Disini duduknya, agak sukar juga hendak dicapai dengan tangan

15 comments:

akmal hanaffi said...

Kos skim head shja berapa ye

Unknown said...

Top overhaul saje bape ya

Unknown said...

Biasa dalam 600 plus

Unknown said...

Rm1000 lebih. Sekali ngan skim head

Unknown said...

Bang.. Hrga head bru gen2 cps berapa bang

Unknown said...

sni skim ngn gasket dlm 400 je..

Unknown said...

Saya pn baru je kena overheat...bengkok head..pomen skim dalam 0.25mm..skali tukar timing belt, water pump, minyak enjin..kena dalam rm 1030.00 ok x??

Unknown said...

saya kena tukar enjin agak agaknya berapa kos

chokey84 said...

baru je kena smlm. ttb temperature naik..bila buka head bengkok dah. hari nie kena skim..mujur kena smlm. hujung minggu nie nak jalan jauh. dugaan btl smlm.. maybe esok siap. ckp dgn mekanik tu xpayah rush sgt. anggaran kerugian bawah rm1.5k

ayieresso said...

sy baru saja terkena masalah yg sama engine campro 1.6 persona elegence 2010.2 minggu kereta masuk bengkel.sebab kereta dh jalan 3 silinder.semput2.rpm pun jalan dh tak betul tak boleh drive laju.tukar itu ini part2 lain.skim head semua total 2.6k.mcm nk menangis pun ada...benda dh jadi tak boleh buat apa dah.🥺

Ariel Azam said...

Sy nk tanye overhaul engin gen2 dgn tukar head brp anggaran kasar ye?model 2005

Ariel Azam said...

Sy nk tanye overhaul engin dan tukar head gen2 brp anggaran kasar ye?

Kampung Boyz said...

cuci oilsum msuk skli pakej topoverhaul ke x?

shah said...

nak tanyaa problem ape ye?

Abdul Hazim Bin Mokhtar said...

Kalau overhaul terus brapa...dlm 2k ke

Post a Comment

Pengikut Tersohor

Search This Blog

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!