|
Bila usia kereta dah masuk 11 tahun.. servis bawah pokok je... milage 185000 km. |
Walaupun penulis baru-baru ini telah menukar beberapa biji mentol lampu brek belakang Proton Gen2 kesayangan penulis, namun kecerahan lampu brek masih kurang cemerlang. Kelihatan lampu brek tersebut bernyala kelam-kelam sahaja. Oleh yang demikian, penulis berkira-kira untuk menukar satu set terus lampu brek tersebut dengan "OEM part".. tetapi amat sukar mendapatkan alatganti ini dalam masa terdekat. Oleh itu, penulis telah membeli satu set lampu brek belakang LED di satu kedai rencam secara tidak dirancang.. sebenarnya niat ke kedai tersebut hanya untuk membeli alat mainan anak sahaja.
|
Alatganti third party/after market |
|
Boleh diatur sudutnya, tapak tersedia double tape |
|
Inilah keadaan lampu brek ketiga Proton Gen2 yang sudah nazak |
|
Ada klip, jadi senang kerja |
|
Klip dari part asal dipotong dan disambung kepada alatganti baharu |
|
Siap dipasang dan dicuba lari |
|
Harga hanya RM16.80 sahaja |
|
Bee sting yang asal telah patah, penulis ganti dengan bee sting Renault,.. kali ini nak cuba DIY punya.. Harga RM 6.50 |
|
Ulir benang sama, ini mode panjang |
|
Ini mode pendek (hahaha) |
|
PW851779- part OEM number |
Hari yang berikutnya, penulis meluangkan masa ke kedai trend masakini.. Kedai DIY yang kini ada sahaja dimana-mana dan menawarkan banyak barangan DIY dengan harga patut. Penulis berkenan dengan "cup holder" boleh lipat dan sebuah antena "bee sting". Umum sedia maklum bahawa Proton Gen-2 direka untuk mereka yang muda (hahaha)... lantaran itu, hanya sebuah "cup holder" sahaja yang ada didalam kabin kereta. Penulis kini menggunakan Proton Gen2 sebagai kereta utama untuk pergi kerja dan menghantar anak ke pusat asuhan... memadangkan sudah berkeluarga.. tabiat makan dan minum dalam kenderaan sememangnya tidak boleh dielak lagi. Agak sukar untuk meletakan bekas minuman/botol air galian di dalam Proton Gen-2. Maka penulis mendapat idea untuk DIY pasang cup holder supaya Proton Gen2 kami lebih mesra keluarga.
|
Inilah hasilnya.. RM8.90 di Kedai DIY |
|
boleh dilipat.. penulis skrukan terus.. bukan pakai double sided tape |
InsyaAllah jika dimurahkan rezeki dan dilapangkanmasa, penulis berkira-kira pula untuk menganti 2 batang strut bonnet belakang Gen-2 ini kerana sudah lemau..
|
projek DIY seterusnya |
|
Sudah berkarat |
0 comments:
Post a Comment