Proton Exora Bold: Koleksi Masalah-masalah yang Berpotensi Muncul

|
Salam Tuan-tuan semua, Alhamdulillah Exora Bold aku telah pun selamat diservis untuk kali kedua ..ini bermakna meter perbatuan dah menjangkau 6000 km. Post kali ni aku nak bincang sikit pasal masalah-masalah yang mungkin akan muncul pada pengguna Exora lantaran ramai pemilik Exora mengadu akan masalah yang sama.

1. Lampu ABS (Anti-Lock Braking System) menyala.
 Ramai yang mengalami masalah ini seawal 10000km usia kenderaan. Masalah mungkin disebabkan sensor ABS dimana-mana pacuan Exora kotor atau rosak. Penyelesaian..sila ke Sevice Center terdekat.

simbol amaran ABS mulfuncion


2. Lampu CVT menyala
CVT adalah tranmisi terbaharu digunakan oleh Proton pada model-model seperti Saga FLX, Exora Bold dan Preve. Lampu amaran CVT menyala mungkin disebabkan oleh minyak/bendalir transmisi sudah kehilangan kelikatannya atau over heating.. kemungkinan yang lain adalah sensor dalam mekanisme CVT rosak.

contoh simbol amaran CVT 


3. Brek Berbunyi nyaring
Ramai jugak mengadu yang rotor brek mudah bercalar dan menyebabkan bunyi apabila kita membrek kenderaan. Namun begitu apabila Exora menjangkau umur 12-14 bulan Brake Pad perlu ditukar baharu. Jika tidak ditukar bunyi nyaring ketika memberek akan bertambah kuat kerana pin/klip keselamatan pada pad tersebut telah pun menyentuh rotor.

Brake pad yang sudah haus (Pic: from member of lowyat exora forum)


4. Plastik Mudah patah
Sebenarnya hal ini adalah subjektif.. sekiranya tiada tekanan yang kuat atau pengendalian yang salah seperti memulas ke arah yang salah memang menyebabkan mana-mana bahagian plastik patah atau retak..

Tuil patah.. (pic: member of lowyat exora forum)
Retak (pic by Ahmad Rizaudin of EOCM FB)
5. Inlet Radiator ke Hos patah
Hmm, yang ni agak kritikal. sepatutnya plastik yang digunakan mesti jenis plastik thermoset yang berkualiti.. tapi nampaknya radiator buatan APM ni mudah rosak.. kalau ini terjadi..satu set radiator perlu ditukar..
Kes 3 (pic: Mr. Zaki Nawi EOCM FB)
(pic by: Mr. Zaki Nawi EOCM FB)

kes 1 (credit to mr Mohamad Roslee EOCM FB)
kes 2 (credit to Mr. Fendie EOCM FB)



UPDATE (10/09/2014)
lantaran isu radiator untuk engin CFE ini terlampau banyak yang patah, nampaknya pihak proton telah pun mengambil langkah menambah baik rekabentuk inlet tersebut dengan menukarkannya dengan jenis logam yang pastinya akan tahan patah.... namun begitu, hanya Exora Bold yang baru sahaja akan dilengkapi radiator baru... tetapi malangnya Proton tidak membuat sebarang Recalling untuk memperbaiki Exora2 yang sedang dijalan raya.. suatu yang menyedihkan untuk pengguna Exora macam aku.. (berikut adalah gambar dari group FB EOCM):










6. Lower arm bushing substandard/ retak


Bushing adalah getah yang digunakan untuk sebagai "vibrator isolator" dalam mekanisme mekanikal.. oleh itu fungsinya ialah menyerap dan menghalang getaran.. apabila Rubber bushing ini koyak atau retak... maka getaran tidak dapat diserap sepenuhnya dan menyebabkan bahagian yang sepatutnya terlindung dari getaran akan bergetar dan rosak.. contohnya bila lower arm rubber bushing ini rosak.. getaran akan sampai ke steering  rack dan korang akan dapat merasa gegaran pada stereng korang dan pemanduan akan melengguhkan tangan...

UPDATE (16/04/14)

7. Rear Axle problem

Exora mengunakan Torsion Beam Axle bagi sistem gantungan belakang. Setup nie kelebihan dia adalah tak perlu buat alignment/penjajaran tayar sebab dia dah tetap macam iswara dan Saga MKII jugak. Kalau Gen 2 dan Preve... depan belakang independent suspension ..kalau buat alignment..agak terkoyak poket..Pun begitu Torsion Beam ni boleh rosak ... dan kesannya tayar belakang Exora korang akan botak sebelah dalam atau istilah kedai "makan dalam". Kalau ini berlaku memang sah rear axle tue dah bermasalah dan perlu ditukar... kalau under warranty FOC.. kalau dah habis warranty..kosnya menjangkau RM1000...huhuhu

Tayar belakang makan dalam (pic: Mr. Abdul Razak SEC FB)

Update (9/11/2014)

8. Masalah bau petrol yang kuat setiap kali mengisi petrol. 

Masalah ini memang berleluasa dikalangan Exora Bold dan Exora Cps jugak. Setiap kali selepas mengisi petrol.. jangan buka aircond ... sila buka semua tingkap dan biarkan udara luar masuk selama 2-3 minit sebelum on aircond semula... masalah ini agak melecehkan kerana menganggu keselesaan penumpang/famili dalam Exora...

Update entry (15/04/2015): http://cyberlipas.blogspot.com/2015/04/proton-exora-bold-diy-sealing-gap-pada.html

9. Cermin depan/windscreen boleh retak dengan sendiri.

Ramai jugak pemilik-pemilik Exora mengadu cermin depan pecah dengan sendiri... exora yang terlibat masih muda umurnya.. salah satu sebab cermin boleh retak dengan sendiri adalah kesalahan fitting masa pemasangan windscreen tersebut. Cermin ini boleh mengembang apabila terkena haba.. jika ruang lega antara cermin dan frame kereta adalah kurang pada kadar yang patut... cermin akan retak kerana tekanan dalaman yang terhasil apabila cermin yang mengembang akan menekan frame kereta..

10. Stereng off centre dan berat ke kiri apabila dalam pemanduan.

Masalah stereng off centre memang biasa bagi kereta proton, kereta Gen-2 milik kami yang sudah berusia 8 tahun itu pun masih off centred sejak dari keluar kedai... Namun, pemanduannya sangat bagus dan sharp. berbeza dengan Exora.. sistem stereng exora seolah-olah ada masalah... bila dipandu anda pasti terasa seperti ditarik-tarik ke kiri ...semakin laju semakin ketara.. menyebabkan pemanduan pada kelajuan tinggi amat berbahaya dan terasa seolah-olah terapung-apung...

Update (27/12/2019)

11. Motor wiper cermin depan rosak.

Ramai pemilik-pemilik Exora mengalami masalah yang satu ini, wiper depan asik berhenti di tengah cermin atau berhenti dimana-mana sahaja. ada juga yang terus tidak bergerak. Masalah ini dikatakan berpunca dari wiper motor keluaran LUCAS, kompeni ini ada yang mengatakan berasal dari India, tetapi ada juga yang mengatakan ia adalah dari United kingdom. Harga baharu bagi motor ini dari Alatganti Tulen Proton adalah sekitar RM 300.00, manakali untuk pilihan jenama OEM boleh didapati dengan harga yang murah sekitar RM150.00 sahaja. Exora penulis sendiri telah pun rosak selepas 5 tahun pemilikan dan akan diganti hujung tahun ini sekali dengan major service yang wajib.

434 comments:

«Oldest   ‹Older   401 – 434 of 434   Newer›   Newest»
Unknown said...

Baru berhajat nk beli exora 2nd 2015...poning kpalo den....mmm...any advice...

Unknown said...

Saya pun hadapi masaah yg sama..boleh share kalau dah ada solution

satria95 said...

den pon baru brhajat nk amik EB 2nd tahun 2012/2013 coz ank dh ramai kluarga dh beso.agak2 tuan/puan boleh suggest x mpv tebaik selain proton.

Unknown said...

Saya pakai EB dah 6 tahun. Dah habis banyak ribu. Masalah mula dari tahun pertama. 1. ABS. 2. Engine mounting 3.Gearbox 4.Turbo unit 5.Suspension system. Dari mula saya hanya hantar di LHM service center Nilai. Setiap kali selepas servis ada saja masalah baru timbul. Asyik kena tukar parts saja. Naik bengang betul. Mereka nampak tak jujur. Nampak duit jer. Dah tak hantar situ dah. Kalau difikirkan memang menyesal beli EB. Banyak sangat masalahnya. Rasa tertipu saja. Sedang mencari jenama lain. Ingatkan nak bantu industri kereta nasional tapi dh serik. Carilah selain Proton ni. Amat hampa sekali.

Unknown said...

Asslm...salam sejahtera
Mohon bertanya tentang masalah aircon x sejuk...temp naik lebih separuh...SC suruh rewiring....ada alténatif lain ka?

Unknown said...

Meter km/h Exora saya tak stabil..kadang2 bila off enjin jarum kmh tu tak turun..sangkut kat tengah..bila on balik keta baru turun kat 0 balik..ada sesiapa kena hal sebegini..tolong bagi pendapat

Anonymous said...

UTK MODEL RC 2020 SAMA JGK KE MASALAH DIA

Unknown said...

Saya pakai exora 5thn oklah.baru2ini sy tukat gr box.ok.

Kebonan gumukmas jember said...

Saya punya exora bold,kadang lampu cvt menyala kadan tak menyala,pagi belum start takmenyala,dah jalan sampai 30menit menyala,tapi kadang sekejap menyala sekejap tak,kenapa bos?

Manns said...

lampu dalam saya rosak dan terbakar serta pecah... dan saya dah gantu baru.. masalahnya saya fiusnya putus sbb semua lMpu xnyala.... fius dia kat mana dan atas nama apa

Unknown said...

Semasa parking,Ekin mati,gear parking. Lepas tu nak jalan,start enjin,tekan brake tapi gear tak boleh tukar dari parking. Macam mana ya? Terima kasih atas advice.

enSid said...

Salam.. encik yg Komen exora. X boleh masuk gear wktu parking, bila nak jalan gear x masuk. Sy pernah kena. Plat bawah gear tu patah..call pomen. X perlu towing. Tukar gear plate tu. Rm 30-40 ja. Plate pun plastik. Tu cepat patah..klu x hati 2

Nizamon said...

Salam..
Saya pakai exora bold 2013..
Milleage dah masuk 90k..
Stakat nih alhamdulillah x pernah lagi breakdown tgh jalan.
Mula2 beli abs sensor ada isu tapi masih ada warranty.
Cuma sekrng masalah alignment tayar depan. Member pomen bagitau exora x boleh buat good algnment sebab xde skru chamber. Kena install lain. Pelik juga. Sape tahu yer. Tolong share

Unknown said...

sy dh pakai exora cfe hi hampir 9thn..setakit ni alhamdulillah setakat ni baru 2 masalah je yg timbul berkenaan dgn hos..tapi baru2 ni wujud masalah lain plak..apabila kereta bergerak dgn kelajuan yg stabil berlaku keadaan kereta tersenguk skali,mcm terputus minyak dlm satu satu masa lps tu ok..benda ni berlaku dlm 2 ke 3 kali..apa permasalahan ni..bila hantar servis centra dorang terus ckp masalah gearbox

Unknown said...

betul sy terjadi benda yg sama tiba tiba gear gear jadi free semasa drive nasib lori tk sapu sb nk masuk side kiri. sehingga sekarang lampu cvt masih menyala walaupun dah tukar sensor position gear

Ezul said...

Rase mcm nk ambik exora baru. Tp tgk blog ramai cakap byk mslh. Berbaloi x eh exora ni??

zool@tod said...

Alhamdulillah, dah pakai lebih 10 tahun exora bold. Sekali je buat hal gear tak boleh masuk (bush pecah 4 tahun lepas. DIY guna cable tie je. Sampai hari ni ok). 8 tahun servis di Proton. 2 tahun ni servis di luar. Semalam lampu cvt dah menyala. Minggu deoan kena masuk pusat servis proton. Insya-Allah

GOD Bl33S said...

Salam, nak bertanya root cause..poman saya dah kepala berasap pkir apa masalahnya..
-lepas kunci kereta, sekali sekala alarm tiba2 berbunyi, biasanya time tengah hari.
- lepas off engine, buka pintu akan berbunyi ti ti ti, lepas tu bler dah lock kereta, sebentar kemudian alarm berbunyi.

Mohon jasa sesape yg tau root cause, share pendapat..

Unknown said...

Exora bold saya tahun 2013, keluar indicator gambar enjin pada meter dan bila bergerak kereta jerking mcm enjin nak mati... kenapa agaknya ya ?

cikdet said...

ko satu dlm sejuta

WQN1901 said...

Gbr yg bentuk durian tu ke n tanda seruan

Unknown said...

Lampu airbag Exora menyala walaupun enjin dihidupkan apa masalahnya yer mohon bantuan

Unknown said...

Kes No.2...dah try tukar bearing atas absorber depan? Sy dah tukar absoerber, kesemua moulting tp masih bunyi. Bearing je blom. Next time. Tq.

Unknown said...

Ini kes disk bengkok sbb masa panas kena air. Penggunaan rim sesuai juga penting sbb percikan air hujan/pijak lopak air kena disk. Basuh keta panas2 pun antara penyebabnya. Tq

Unknown said...

Good...

Unknown said...

Sy dh pakI exofa turbo selama.8.thn.alhadumdullah..beli kete baru pun ikut pd rezki jgk.ada yg dpt unit problem ada yg ok..apa jenama skali pun.kelemahan pd sistem qc n menggunakan part yg medium renge utk dptkan harga rendah dr jenama lain.utk mpv yg ada space lebih kurang estima.baru n rege mampu milik.jika ada kemampuan yg lebih belilah yg jenama yg lebih baik n pengalaman lebih lama banding proton.tkyah ler kuat ayat2 poyo bajet2 br nk beli la.apa laa..tipikal btl.lau ada lebih watper tgk2 lg exora.kurangkan komplain.lebihkan pandangan atau cdgn.

Unknown said...

Lampu signal belakang kiri tak hidup.Lampu amaran berkelip laju.Mentol dah tukar tapi masih tak selesai masalah. Tuan tuan ada yang boleh tolong selesaikan masalah ni.Tq.

Anis said...

Tukar d sc atau tukar sdri d bengkel?

Anis said...

Sy baru 1 bulan pakai exora turbo 2019..bila baca komen2 dlm ni mcm menyesal pulak ambil exora.dah la sy paling beria suruh suami angkat exora ni.Allah..dah la ambil exora paling murah sbb nk bajet duit(sy suri rumah anak ramai)..bila baca mslh2 mcm ni..mslh y sama pulak tu.risau tu smpai xleh tido mlm ni.agak2 bole trade in kete lain ke tanpa sebarang bayaran??adusss...

fazlin said...

Asslmualaikum.

Boleh jelaskan.
Saya baru perasan yang kereta exora cps mc b line 2010 x berkunci.
Jd bila nk lock tetapi dengan tiba2 lampu indicator menandakan kereta sudah dilock tidak menyala&bila cuba on signal pun tiba2 berkelip laju je di meter dashboard termasuk lampu emergency pun sama berkelip laju.
Jadi,masalah apa tue ye,sebab petang semalam ok je..

Unknown said...

ada sesiapa boleh share kod2 exora nie..jenis2 yg ada..baru nk jinak2 ngn exora

Unknown said...

Servis kt luar yg boleh dipercayai lg selamat.brg2 kita leh beli yg ori.tapi workmanship lebih dipercayai dr servis dlm.kebanyakkan jerking terjadi apabila myk hitam tu dh menjadi ketul2an kt dlm enjin.sebab terjadi Wallahualam tkmau menuding atau menuduh..cuma kekadang tu myk tu tk ditukar dgn sepatutnyer.alhamdulillah kete sy dr 2013 smp skrg pki..masalah wet n tare tu biasalah..smp masa kene tukar.bleh tahan rege sparepart exora ni.maklumla kete mahal pd sy la..

Azam garage said...

Proton start BLM yg benadikan Enjin campro mmg masaalah 🤦

Demi Waktu said...

Assalamualaikum bro, EB CFE 2012 sy juga mengalami jerking dari mula beli hingga sekarang. Mileage hampir 170000 da.
Mcm2 pengalaman 3 kali naik tow truck. Hahhaha.
1st oil cooler hose pecah minyak hitam tumpah (2016)
2nd fuel pump (2022)
3rd OCV pula masalah (2023)

Dalam tahun 2023 saja turun naik SC untuk tukar Ignition coil, spark plug dan cek jerking.

Walau pun banyak masalah sebelum ini, tetap EB CFE memberi kepuasan. Luas dan berbaloi dengan harga.

Tengah fikir2 mahu trade-in. X90 da nak launch. Hahhaha

«Oldest ‹Older   401 – 434 of 434   Newer› Newest»

Post a Comment

Pengikut Tersohor

Search This Blog

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!