WTS: Nikkor 85mm f3.5 AFS Micro

|
Salam semua...post kali ni aku nak berniaga..hahahaha...aku nak jual lens kesayangan aku ni, Nikkor 85mm f3.5 AFS Micro. Seperti yang tertera  pada nama lens ni, korang mesti dah tau yang lens ini adalah lens khas untuk Macrography, satu cabang dalam bidang fotografi yang menekanan subjek - subjek yang kecil dan detail. Mungkin korang tak pernah dengar atau tahu akan lens ni. Maklum la, lens Tamron SP 90 f.2.8 dan abang-abang dari Nikkor lebih popular.

pandangan hadapan

pandangan atas
lens ini adalah lens jenis DX maka, kalau korang pakai FX kurang sesuai la (tapi masih bole guna). Lens ini tak la wide aperture cam saingannya. tapi bagi satu lens Macro, aperture bukan soal pokok. 

Ape pun, ini adalah beberapa sample gambar yang dihasilkan oleh lens ini, semua adalah dari koleksi aku..bukan celup internet ye...
Bunga

Ikan Laga

Bunga lagi..
Akhir sekali...bab harga ...aku letak RM 1000.00 sahaja..termasuk segala aksesorinya iaitu Hood, Box dan beg punjut ....Kondisi..sangat baik sebab jarang guna dan sentiasa duk dalam Dry Box...warranty dah abih..COD sahaja kawasan Dungun-Paka-Kertih...sebab jual coz aku dah tak pakai Body DX dah...dan nak funding untuk lens lain...hehehehe..Berminat??

DIY Tukar Clock Spring Gen2

|
Clock Spring oh clock spring...pernahkah anda mendengar bunyi seperti ada pasir dalam stereng anda?? itu salah satu tanda yang clock spring korang dah nak ambih tempoh. Selain itu, hon jugak akan berbunyi dengan sendiri...kejadian ini berlaku dan sangat memalukan aku kerana hon akan berbunyi tak kira masa dan tempat..semua orang pandang dengan muke konpius.

Bagi model Gen2, ade beberapa  jenis clock spring tapi pada asasnya semuanya hampir sama kecuali bilangan kabel sambungan.

Inilah clock spring, fungsinya sebagai antaramuka hon, airbag dan control panel pada stereng
Alatan paling penting ialah Spanner Type X, iaitu spanar yang selalu kite guna untuk buka nat tayar. Spanar lain agak sukar digunakan.


Buka nat yang berada ditengah2 stereng, sebelum itu pusing stereng sampai lock


Nat yang kat tengah tue la kene bukak ye
Cabut stereng dan korang akan nampak la clock spring tue, kemudian usahakan untuk
cabut clock spring yang rosak tue
Selepas berjaya cabut clock spring lama, just ganti dengan clock spring baru...just plug and play. Undur balik semua step dan jangan terlupa sebarang nat dan skru......dan hasilnya pamanduan yang aman tanpa bunyi pasir dan hon berbunyi tanpa henti :)

dah siap daaaa... heheehe
UPDATE:

Memandangkan ramai yang bertanya akan benda clock spring...maka aku nak bagi update sikit lah tentang clock spring ni. Clock spring ni ade banyak jenis ikut model kete korang.. lagi banyak fungsi kat stereng korang tue lagi mahal lah harganya:


  1. Stereng basic macam Gen-2 1.3 A hanya pakai jenis One Way untuk fungsi Hon saje
  2. Stereng dengan fungsi horn dan Air Bag plak pakai jenis Two Way..
  3. Stereng dangan fungsi Hon, Audio Control dan Air Bag  pakai jenis Three Way
  4. Stereng dengan fungsi Hon, Audio Control, Air Bag dan Auto-cruise pakai Four Way cth, Exora Bold Premium dan Gen-2 CPS
  5. Stereng dengan Fungsi Hon, Audio Control, Air Bag, Auto-cruise dan Paddle Shift pakai Five Way..cth Preve H-Line dan Suprima S 

Contoh Clock Spring 4 Way (ambil dari zerotohundred.com)
Untuk membuka honcover/airbag cover stereng Gen2, ada dua skru jenis star/bintang perlu di longgarkan.. longgarkan saja ok..

DIY Cuci Throttle Body Gen2

|
Baru - baru nie, bilaku memandu kete Gen2 aku terasa lain semacam. Terasa seperti pecutannya agak sembab...seperti ade sesuatu yang tersumbat. Setelah aku pikir - pikir mesti TB aku yang dah kotor...nak katekan minyak itam dan ATF masih lagi jauh milage nye. 

Di suatu petang yang elok cuaca..tak hujan, balik saje dari opis aku dah berkira-kira untuk membuka TB aku. Sebelum ini aku tidak pernah meleraikan TB dari blok enjin gara-gara klip kabel Drive by wire yang tak tahu aku nak membukanya. Kali ini aku tekad mesti membuka TB ini dari blok supaya dapat aku cuci luar dan dalam. Akhirnya dapat jugak aku bukak clip tue..tak susah tapi perlu tau nak tekan satu trigger untuk unlock clip tue. Untuk meleraikan TB dari blok hanya memerlukan rachet dan dan kepala nat saiz 8mm dan 5mm kalau aku tak salah. Hanya ade 4 skru yang perlu dicabut. 

Selepas dileraikan, bole la dicuci mengunakan kain sekiranya kotaran tidak banyak..tapi kalau sudah penuh endapan dan daki-daki degil...sila lah guna Carburator Cleaner yang dalam bentuk aerosol. Semburkan ke tempat kotoran dan sapukan dengan berus supaya kotoran cepat tanggal. 

inilah TB campro yang telah ditanggalkan dari blok

Gunakan kain bersih untuk mengilap throttle sehingga berkilat....
dah berkilat pun!! siap untuk dipasang semula
Apabila dah berpuas hati dengan tahap kebersiahan TB, pasang semula TB dan jangan lupa check semua sambungan perlu di sambung semula...jangan ade yang tertinggal!! Hasilnya kereta Gen2 aku lebih pickup dan save minyak :)



Shoot Lanskap di Batu Pelanduk, Kuala Abang.

|
Disuatu hari yang baik dan cuaca yang baik, aku memutuskan utuk mencuba len baru aku 24-70mm untuk landscape photography. Teknik yang aku sangat suka adalah Teknik Slow Shutter. Teknik ini kan menghasilkan effect seolah-olah air menjadi kapas! sekali pandang kadang-kadang nampak macam awan pun ade. Bagi mendapatkan gambar yang lebih dramatik, selalunya aku akan pilih pantai yang mempunyai batu-batan semula jadi. Di Dungun ini terdapat beberapa spot yang sesuai, antaranya Teluk Bidara, Teluk Gadung dan Batu Pelanduk.

Satu lagi perkara yang mesti semasa melakukan teknik slow shutter ini, korang perlu akan satu alat yang dikenali sebagai Neutral Density  (ND) Filter, tak kira jenis slide atau circular yang bole dipasang pada hadapan lens.
Filter jenis slide cap Cokin juga bagus walaupun bukan terbaik

Hasil post editing outing Batu Pelanduk,

Lensa baharu Nikkor 24-70mm f2.8 ED

|
Tahun ini tahun yang sangat sibuk sehingga aku tak dan masa untuk berhobi. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk bergiat aktif semula berkarya dalam fotografi. Satu keputusan besar jugak aku lakukan untuk menukar  sistem ke Format FX. Sebelum ini aku mempunyai dua buah body Nikon D7000 dan Nikon D700. Bole dikatakan aku mempunyai koleksi lensa DX yang agak lengkap sperti Nikkor 17-55mm f2.8 ED Dx dan Nikkor 85mm f3.5 micro DX. Tapi aku tak cukup modal nak beli Nikkor 24-70mm f2.8 ED untuk D700 aku..hehehehe. Sebagai ganti aku beli Tamron 28-75mm f.2.8 sebagai ganti kerana harganya cukup murah dan kualiti gambar yang agak memuaskan berbanding Sigma.


Tapi aku tetap memasang impian untuk memiliki lensa nikkor 24-70mm itu jugak. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk swap Nikon D7000 + Ori BG + Nikkor 17-55mm dengan lensa 24-70mm di kedai Fotosun di Kuantan. Walaupun aku kehilangan satu set D7000 bersama lensa DX yang cukup baik..tapi aku rase ia berbaloi untuk aku tukarkan dengan lensa 24-70mm walaupun lens tu secondhand tetapi nampak sangat owner sebelum ini sangat jarang mengunakan lens itu.

selamat tinggal D7000 ku, semoga kamu mendapat tuan yg lebih baik
So sekarang aku hanya mengunakan satu body, D700 bersama dengan koleksi lens aku Nikkor 24-70mm f2.8 ED, Sigma 70-200mm F2.8 HSM II macro dan prime lens aku Nikkor 50mm f1.4.
Hari pertama D700 aku disandingkan dengan Nikor 24-70mm.. Perfect!!
Target aku plak sekarang ini adalah untuk memiliki lens ultra wide fullframe Nikkor 18-35mm f3.5-4.5 yang berharga dalam lingkungan RM 2100.00. InsyaAllah jika lens Tamron dan Nikkor 85mm micro dapat dijual...dapatlah aku merasa len ultra wide nie. 
Lens impian seterusnya....InsyaAllah


Pengikut Tersohor

Search This Blog

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!