Proton Gen-2: Head Skimming dan top overhaul

|
Campro S4PE  1332cc


Proton Gen2 ini terlampau banyak jasanya, banyak juga kenangan-kenangan dengan kereta ini. Penulis sebenarnya sudah mempunyai sebuah MPV bagi menganti kenderaan keluarga kami. Namun kerana harga minyak petrol semakin mahal, penulis memilih untuk mengaktifkan semula penggunaaan kereta lama kami ini. Penggunaan minyak Exora adalah kurang efisyen untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja dan pusat asuhan. Proton Gen2 lebih jimat kerana ia hanya 1300cc dan lebih ringan dari Exora. 

Usia Gen-2 kami ini sudah pun 11 tahun, bermula episod-episod kerosakan yang terpaksa penulis tanggung:

1. Menukar set timming belt, fan belt dan rocker head seal - perkara ini terpaksa ditukar kerana milage pada masa itu sememangnya menuntut penukaran alatan ini, Rocker head seal perlu ditukar kerana kebocoran minyak hitam amat kritikal sekali.

Set OEM dari proton RM230.00


2. Water pump - perkara ini sebenarnya penulis sangat menyesal kerana tidak dibuat sekali dengan penukaran timming belt, akibatnya Gen-2 kami overheat pada satu petang semasa sedang pulang dari pekan mukah.


3. Head Skimming dan Top Overhaul serta menganti Fan belt tensioner - Selepas kejadian overheating, penulis telah menghantar ke bengkel untuk menukar water pump yang baharu. pemeriksaan awal menunjukan tidak perlu buat top overhaul kerana bunyi enjin adalah halus. Tetapi apakan daya, selepas 2 minggu memandu ternyata head gasket sudah terbakar kesan dari overheating sebelum ini. Sekali lagi Gen2 terpaksa masuk bengkel lagi. Penulis bimbang kerana dengar cerita orang, head Campro tidak boleh dipotong atau di skimming.. tetapi mekanik mengatakan head campro boleh di potong pada kadar yang sedikit sahaja. Alhamdulillah, selapas skim dan top overhaul, prestasi enjin Proton Gen2 kami sangat baik seolah - olah enjin baharu. Apa yang kurang gembira penulis terpaksa mengeluarkan kos sebanyak hampir RM1400.00 untuk semua kerja-kerja skiming dan top overhaul termasuk alatgantian yang baharu.

head enjin telah dikeluarkan

4. Set Kunci Baharu dan getah tingkap - hendak dijadikan cerita, kami sekeluarga pulang bercuti ke kampung agak lama. apabila pulang ke Mukah, malangnya kereta kami kehabisan bateri. Proton gen2 ini hanya mempunyai 1 slot kunci sahaja iaitu pintu sebelah pemandu. malangnya kunci (lock barrel) itu telah jem..tidak dapat dipusing lagi. Dipendekkan cerita penulis telah mendapatkan kihdmat seorang mekanik untuk mengopak pintu kereta... kerosakan yang terpaksa dibuat adalah menanggalkan getah pintu untuk mendapatkan ruang bagi menjolok tuil selak dengan pembaris.

Getah ini berharga RM80.00 ye .. bukan murah

Key set ini berharga RM178.00 mengandungi start barrel dan door barrel serta 2 kunci 

start barrel yang asal
5. Central lock actuator pintu penumpang belakang - Penulis DIY pemasangan alatan ini, proses agak mudah dan untuk pengetahuan pembaca, actuator Proton gen2 ini adalah sama dengan actuator kereta Renault... harga seketul adalah RM60.00

Inilah rupa central lock actuator Proton gen2

Disini duduknya, agak sukar juga hendak dicapai dengan tangan

Menukar ganti Lampu Brek Ketiga Proton Gen2 dengan "after market part" dan DIY "Cup Holder"

|
Bila usia kereta dah masuk 11 tahun.. servis bawah pokok je...  milage 185000 km.

Walaupun penulis baru-baru ini telah menukar beberapa biji mentol lampu brek belakang Proton Gen2 kesayangan penulis, namun kecerahan lampu brek masih kurang cemerlang. Kelihatan lampu brek tersebut bernyala kelam-kelam sahaja. Oleh yang demikian, penulis berkira-kira untuk menukar satu set terus lampu brek tersebut dengan "OEM part".. tetapi amat sukar mendapatkan alatganti ini dalam masa terdekat. Oleh itu, penulis telah membeli satu set lampu brek belakang LED di satu kedai rencam secara tidak dirancang.. sebenarnya niat ke kedai tersebut hanya untuk membeli alat mainan anak sahaja.


Alatganti third party/after market

Boleh diatur sudutnya, tapak tersedia double tape

Inilah keadaan lampu brek ketiga Proton Gen2 yang sudah nazak

Ada klip, jadi senang kerja

Klip dari part asal dipotong dan disambung kepada alatganti baharu

Siap dipasang dan dicuba lari

Harga hanya RM16.80 sahaja

Bee sting yang asal telah patah, penulis ganti dengan bee sting Renault,.. kali ini nak cuba DIY punya.. Harga RM 6.50

Ulir benang sama, ini mode panjang

Ini mode pendek (hahaha)

PW851779- part OEM number

Hari yang berikutnya, penulis meluangkan masa ke kedai trend masakini.. Kedai DIY yang kini ada sahaja dimana-mana dan menawarkan banyak barangan DIY dengan harga patut. Penulis berkenan dengan "cup holder" boleh lipat dan sebuah antena "bee sting". Umum sedia maklum bahawa Proton Gen-2 direka untuk mereka yang muda (hahaha)... lantaran itu, hanya sebuah "cup holder" sahaja yang ada didalam kabin kereta. Penulis kini menggunakan Proton Gen2 sebagai kereta utama untuk pergi kerja dan menghantar anak ke pusat asuhan... memadangkan sudah berkeluarga.. tabiat makan dan minum dalam kenderaan sememangnya tidak boleh dielak lagi. Agak sukar untuk meletakan bekas minuman/botol air galian di dalam Proton Gen-2. Maka penulis mendapat idea untuk DIY pasang cup holder supaya Proton Gen2 kami lebih mesra keluarga.

Inilah hasilnya.. RM8.90 di Kedai DIY

boleh dilipat.. penulis skrukan terus.. bukan pakai double sided tape

InsyaAllah jika dimurahkan rezeki dan dilapangkanmasa, penulis berkira-kira pula untuk menganti 2 batang strut bonnet belakang Gen-2 ini kerana sudah lemau.. 

projek DIY seterusnya

Sudah berkarat







Menukar mentol lampu brek ketiga Proton Gen2

|
Inilah rupe mentol-mentol kecik lampu brek ketiga Gen-2.. ramai yang ingat LED


Salam para pembaca sekalian, hahaha.. baru-baru ini aku sedikit rajin membelek-belek  kereta lama aku, si Proton Gen2. Walaupun jarang-jarang bergerak tapi bila sekali aku start enjin..sekali pulas je dah hidup. Arakian hari tersebut itu, Exora aku direhatkan... ke mana-mana hanya dengan memandu Gen2 sahaja. Masalahnya aku sedikit malas untuk memandu gen2 kerana remote sistem penggeranya yang hanya tinggal satu... satu lagi dah rosak. Oleh kerana isteri yang memegang remote yang masih berfungsi..maka jarang la aku meminta kunci Gen2 untuk dipandu. Hari itu juga aku tekad .... mahu ditukar sahaja sistem penggera yang baharu supaya masing-masing ada kunci sendiri. Dengan modal RM230 berjayalah sistem penggera yang baharu dipasang.

Satu lagi yang aku perasan, lampu brek ketiga yang sudah banyak tidak menyala. Agak berbahaya kepada pemandu lain kerana bila membrek pasti lampu brek ketiga kurang jelas. Sekali pandang lampu brek ini macam seperti lampu LED... tetapi hakikatnya bukan.. ia adalah siri sambungan mentol-mentol kecil sebesar LED. Mentol-mentol ini boleh ditukar, namun untuk mencari gantiannya amat rumit kerana kedai-kedai barang gantian kenderaan pun belum pasti tahu akan mentol ini. begitulah nasib aku.. puas bertanya kepada tuan kedai tatapi dia membalas ia adalah LED... mujur ada seorang pekerja yang tahu mentol yang aku maksudkan itu.. dengan harga RM3.00 sebiji aku beli la 5 biji.
Adalah 3 bijik yang dah terbakar

Menukar mentol-mentol lampu itu sangat mudah.. hanya perlu pemutar skur mata rata, cungkil sedikit rumah lampu tersebut dah terbuka.. cabut mentol yang hitam terbakar dan ganti dengan yang baharu.. dah siap.


Menukar " latch assy , Tail gate" Proton Exora Bold

|
Kesibukan hidup penulis membuatkan blog ini semakin kurang kasih sayang. Tapi hari ini walaupun pelbagai kerja-kerja hakiki yang perlu dilunaskan, penulis memutuskan untuk menulis sikit. Disebalik stress dan tekanan kerja, menulis diblog ini boleh menenangkan fikiran.

Alkisah Proton Exora Boldku kini sudah masuk tahun ke-4 dengan meter perbatuan 55,000 km (perlu ditukar minyak enjin dah ni). Hendak dijadikan cerita, pada bulan Ogos 2107 baru - baru ini, penulis sekeluarga memutuskan untuk menyambut hari raya haji di Bintulu, lari dari kekecewaan kerana tidak dapat balik beraya di kampung. Selepas solat raya di Masjid asyakirin Bintulu, kami berkira-kira untuk ber BBQ di pantai Tanjung Batu, ketika ini la tiba-tiba pintu belakang Exora tidak bole dibuka walaupun tidak berkunci. 

Hari ini setelah dapat barang gantian dari kedai alat ganti di Mukah dengan harga yang agak kasar, penulis terpaksa membayar wang RM210.00 sambil menelan air liur untuk seketul alat ganti yang tak semegah mana pun kalau dilihat. Pagi tadi dengan hanya berbekalkan Torque wrench, penulis gigih menukar sendiri alat yang rosak. Alhamdulillah, proses menukar "latch" ini amat mudah.. hanya melibatkan 3 biji bolt sahaja. Sambungkan semula wayar pada klip yang tersedia.. semuanya telah berfungsi semula dengan baik.

part no PW837683
seketul ini berharga RM210.00
part asal yang diQC pada 10/10/2013

setelah dipasang

Pengikut Tersohor

Search This Blog

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!