Salam semua.. setelah agak lama tidak berjalan makan angin bersama keluarga.. malah kali terakhir adalah pada tahun lepas..kami berombongan ke Bandar Bintulu.. kisahnye ade
disini dan
disini..
Alhamdulillah, januari yg lalu anak pertama kami telah selamat lahir.. sempena itu ibu mertua dan adik ipar aku datang ke sarawak bagi membantu isteri berpantang..Alhamdullah dan terima kasih. Jadi setelah isteri sudah cukup sihat dan boleh bergerak, kami merencana percutian pendek ke Bandar Kuching dan Serikin sebagai tanda meraikan tetamu kami. Sudah banyak ajakan dari kawan-kawan untuk berkonvoi ke sana ..tapi apakan daya..sang isteri yang sarat masa itu ..aku pikir kurang eloknya bermufasir jauh.. tambahan pula Proton Gen2 kami asik meragam sejak dua menjak ini...
Ape yang dirancang dikabul Allah jua, dengan menaiki kenderaan baharu kami berlima sekeluarga bertolak seawal pagi kerana perjalanan ke Kuching akan memakan masa sehingga 10-12 jam.. syukur.. Proton Exora memang memberi keselesaan semasa perjalanan.. bila sudah bergelar suami dan ayah.. kenalah memikirkan keselesaan keluarga dalam kenderaan..fasa baru yang pasti dilalui bagi semua lelaki.
Berpandukan GPS dan penerangan kawan-kawan.. jalan ke Kuching agak mudah.. tiada perlu melalui simpang dan jalan yang mengelirukan. Tepat pukul 5 kami sekeluarga sampai ke Hotel penginapan di Bandar Kuching.. berhampiran Waterfront... mercu tanda kebanggaan warga Kuching.
Hari 1( Jumaat 7 March 2014)
Hari ini kami dalam kete je... sebab hari perjalanan.. sampai di Hotel sudah agak petang.. semua dah penat dan mahu baring berehat..aku pun penat jugak.. tp kerana perasaan ingin tahu yang tinggi..di gagahkan jugak tubuh ini untuk turun dari bilik dan berjalan-jalan sorang diri ke Waterfront..sekadar ambil angin dan site seeing tempat-tempat yang menarik untuk esok.
Hari 2 (Sabtu 8 March 2014)
Pagi-pagi lagi kami sudah bersiap.. Puan Farah mahu sangat berjalan-jalan melihat Pasar Serikin yang begitu tersohor ... mesti pergi seawal mungkin kerana ianya terletak agak jauh iaitu 2 jam perjalanan dari pusat bandar.. pasar Serikin merupakan sempadan Malaysia-Indonesia.. dan bolehlah ku katakan ia seperti Pekan Sungai Golok atau Padang Besar di semenanjung. Sediakan Payung dan topi... hawa disini sangat panas dan hangat...
Barang-barang jualan disini kebanyakkannya ialah pakaian dan kain, hasil kraf kayu, dan barangan cenderamata...
Usai berbelanja di Serikin kami pulang semula ke bandar kuching..sempatlah berhenti seketika di Gua Angin untuk bergambar. Destinasi seterusnya kami menuju Kampung Budaya Sarawak di Santubong.. disitu juga ada Pantai Damai yang terkenal. Kami tidak jadi masuk ke dalam Kampung Budaya itu lantaran bayaran masuknya agak mahal bagi pengunjung dari Semenanjung.. RM60.00 seorang. Mujurlah ade pantai yang siap dengan kemudahan berhampiran kampung itu sebagai ganti untuk kami bersiar-siar.
|
Gua Angin |
Selepas itu, kami pulang ke hotel.. solat dan Puan Farah menukar lampin anak. Kali ini aku mengajak semua untuk berjalan kaki sahaja kerana hotel dan waterfront sangat la dekat.. sambil-sambil itu boleh bergambar di Tugu Kuching. Walaupun penat, keseronokan untuk menaiki bot penambang untuk membeli Kek Lapis mengatasi segalanya.. tahu-tahu kami sudah pun berada diseberang sana untuk mencari kedai pembuat kek Lapis Dayang..
ketika berjalan pulang, kami sekeluarga singgah di Sarawak Plaza untuk makan malam di restoran Pizza Hut.
|
kami hanya dapat bergambar digerbang sahaja |
|
Arca Burung Menilin |
|
kalau tak bergambar disini, tidak sah berkunjung ke Kuching |
|
Waterfront Kuching |
|
bot penambang, 50sen seorang ye |
Hari 3 ( Sabtu 9 March 2014 )
Hari ini hari akhir... kami check out seawal jam 8 pg mahu kerana singgah lagi di Waterfront kerana semalam belum puas berjalan-jalan di situ. kesempatan itu diambil untuk membeli belah disekitar kedai cenderamata yang menawarkan pelbagai jenis kraf pada harga yang lebih murah berbanding di Serikin..Selesai bergambar di waterfront, kami pun mula bertolak pulang ke Mukah...sempat singgah di Kuching sentral untuk makan dan akhirnya kami sampai di Mukah pada pukul 11 malam.
|
Last shopping |
|
Bangunan DUN Sarawak |
|
Astana, kediaman Rasmi TYT |
|
Buaya ini suatu kala dulu pernah memancutkan air dari mulutnya |
|
tugu peringatan Rajah Brooke |
|
chinese pavilion |