Pekan Sari Kerteh

|
Sementelah sekian lama aku tinggal di Terengganu ini, jarang sekali aku berkunjung ke pekan sari atau pun pasar pagi di Terengganu ini. Malah, aku juga kurang tau dimana dan bila pasar sedemikian berlangsung. setahu aku hanya pekan sari Jumaat di tepi Pasar Besar Dungun yang agak meriah. Aku kira, pasar-pasar malam di sini lebih terkenal...pasar malam hari khamis di Dungun, Pasar malam hari Isnin di jalan Melati dan pasar malam Paka pada hari Rabu.

Semalam (Jumaat 15/02/13), aku ke kerteh untuk berjumpe seorang rakan. Usai mengambilnya di Rumah Tamu kami menuju ke Bandar Kerteh untuk sarapan pagi. Sedang kami menjamu sarapan, tiba-tiba rakan ku berkata ..hari ini ada pekan sari balik kampung sana. Aku agak teruja..lantaran belum pernah mengunjunginya. Alhamdulillah..perut telah teralas...tapi terus terang ku katakan... nasi lemak ala johor di kedai itu kurang daya penarik..rasanya agak hambar.

Selesai bersarapan, kami terus ke tapak pasar... hanya sepelaung dari kedai sarapan itu...kereta yang terparkir..agak banyak...mengambarkan pasar ini pastinya besar dan ramai pengunjung. Kami pun pusing - pusing melihat telatah para peniaga... jujurnya pekan sari amat penuh nostalgia pada diriku...tiada apa yang dibeli..hanya sekadar mengisi masa sebelum menghantar beliau ke Lapangan Terbang Kerteh yang kebetulan  berdekatan.

Cincin dan batu permata..satu kemestian

pasar ini agak besar

meriah

buah ape ni?? Rambai ok..

warna warni

tertarik dengan dengan pokok lada ini

cendawan goreng...laku macam pisang goreng

kraftangan..tikar mengkuang

pelbagai jenis anak pokok dan bungaan

tampi  dan tapis

Pasar Besar Dungun..Warna - Warni Kehidupan

|

Interframe plak kete mahal ni...


Stereotaip bagi sebuah pasar basah ialah menjelekkan...hanyir dan untuk ke sana hanya dengan satu tujuan...iaitu membeli barang basah seperti ikan dan daging. Tapi stereotaip pasti akan berubah kalau korang datang berkunjung ke Pasar Besar Dungun Terengganu. Pasar ini sangat meriah dan hidup sekali. Tak kira hari apa sahaja..pasar besar ini menjadi tumpuan akan sekalian orang di Dungun untuk pelbagai tujuan. Bukan sekadar mahu membeli ikan, Pasar ini boleh dikatakan lengkap segala serbi keperluan harian. Bukan sahaja hasil laut yang segar, daging dan sayur-sayuran, tetapi pasar ini cukup terkenal dengan kedai-kedai makan sarapan pagi..sebut sahaja pasti ada..Nasi Dagang? Nasi Minyak? Nasi Sup? Kueh muih? dan pelbagai lagi menu warisan tempatan yang boleh sahaja melopongkan mulut korang apabila melihatnya seperti Kerabu Sarang yang diperbuat dari rumput laut. Pendek kata korang tak perlu ke Pasar Besar Kedai Payang untuk merasakan susana sebegini.

Hari itu, aku memilih untuk bersarapan di Pasar Besar Dungun...Nasi Sup salah satu kedai disini cukup meruntun kalbu...barang sekali termakan...pasti termimpi hendak lagi!! 


Kerabu Sarang

Pelbagai pilihan nasi

Suasana orang ramai

pelbagai kueh muih tradisi Melayu 

Apam Balik!!!

macam-macam pilhan apam balik.

sebuah gerai yang menjual ikan kering

Keropok dan Satar Pantai Kelulut

|
Agin kencang..pohon nyiur melambai
Pada suatu hari yang lalu yang mana aku sendiri tidak berapa pasti akan tarikhnya...tapi aku pasti ia satu perjalanan yang begitu menarik bagi aku. Dungun ke Kuala Terengganu boleh dihubungi dengan pelbagai cara...tapi aku lebih suka mengunakan jalan pantai...ini kerana aku boleh melalui beberapa kampung yang dan kawasan yang terkenal dengan hasil kampung seperti keropok. 

Hari itu, cuaca agak mendung..malah hujan seketika dan reda...angin agak kencang...oh ya ini mungkin kesan dari taufan tropika yang hampir melanda Terengganu...Hari itu aku mahu ke Padang Nenas..mahu menghadiri satu majlis makan-makan sempena hari jadi anaknya. Dalam perjalanan aku singgah di Pantai Kelulut...sepanjang jalan pantai ini, ada pelbagai gerai yang menjual makanan kegemaran orang pantai timur..keropok lekor, keropok keping, satar dan dodol. Terus terang aku adalah peminat kesemua itu....cuma kalau satar..jarang sekali aku makan di Dungun kerana satu kejadian buruk aku termakan satar lama yang telah menyababkan satu badan aku gatal. Oleh itu, aku hilang percaya pada kesegaran satar yang dijual di Pasar malam Dungun. 

Angin yang agak kencang seolah-olah menolak kereta putihku...tapi mata ini sedang menjeling-jeling kedai yang mana satu yang mahu aku pilih...akhirnya Kedai Keropok Dayang 45 jadi pilihanku..barangkali asap dari tempat membakar satar membuatkan aku terhenti di kedai itu. Kedainya agak kecil...dan kusam...tapi barangan yang dijual tidaklah kurang banyaknya..ada keropok lekor...keropok keping...pelbagai colek dan sos..dan tak lupa satar yang sedang dibakar..wah..pasti ini segar..kerana masih terlihat daun pisang itu masih kehijauan.

pelbagai pilhan yang ada

satar yang dibakar segar

inilah nama kedainya

Di Terengganu, Sos keropok dipanggil "Cuke"



Pengikut Tersohor

Search This Blog

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!