Samsung Galaxy Nexus (aka Nexus Prime), yang aku suke dan tidak

|
Samsung Galaxy Nexus

Salam Aidilfitri dari aku untuk semua, hehe...maap la ye tidak ade entri khas untuk aidilfitri tahun nie. Post hari ini adalah pasal gajet baharu aku, telepon mudah alih Samsung Galaxy Nexus yang dibuat oleh Samsung khas untuk Google. Dah lebih kurang 2 minggu aku mengunakan telepon ini sebagai alat komunikasi utama aku. Galaxy Nexus ini jugak mengantikan SE Xperia X10 aku yang lama. Oleh itu, hari ini aku nak berkongsi kelebihan dan kekurangan telepon ini dari konteks mata penguna...aku lah tue,

yang aku suke:

  • rekabentuk yang minimalist, smart dan simple.
  • resolusi paparan skrin yang sangat jelas dan terang (sharp and vivid).
  • skrin yang besar.
  • OS Android yang terbaharu iaitu ICS 4.0.4..(untuk luar negara dah pakai Jelly Bean 4.1).
  • Gorilla Glass , Maaf ye..Kaca terbaja (fortified glass) sebagai kaca skrin yang tahan calar..tapi aku pakai screen protector jugak..sehingga kini Samsung tidak menyatakan Jenama kaca ini...
  • ada Android Beam!!
yang aku tidak suke:

  • bile cas, tak ade sebarang penunjuk LED yang menyala (hmmm...aneh?).
  • tidak ade File Manager / My Files....kene pakai third party application....
  • antara muka yang biase2 je..tak macam Galaxy SIII yang pakai Touchwiz (aku suke antaramuka SIII).
  • kat notification tray, takde " power control"...just ade ikon "setting".
  • sesetengah Live Wallpaper tidak sesuai...(mungkin akan di update)

Bagi korang yang nak tau spefikasi Galaxy Nexus..ini lah dia:

SCREEN
  • 4.65" HD (1280 x 720) Super AMOLED
  • Contour Display (curved glass)
SIZE
  • 67.94 X 135.5 X 9.47mm (LTE)
  • 67.94 X 135.5 X 8.94mm (HSPA+)
WEIGHT
  • 145.5 g (LTE)
  • 135 g (HSPA+)
DATA
  • WiFi
  • Bluetooth
  • MEMORY
    • Storage: 32GB (LTE), 16GB (HSPA+)
    • Memory: 1GB RAM
    CAMERA
    • 5MP continuous auto focus
    • 1.3MP Front
    • LED Flash
    • Zero shutter lag
    • Video recording in 1080p
    NETWORK
    • Option 1: CDMA/LTE
    • Option 2: HSPA+/3G/EDGE/GPRS
    USB

    • Micro USB
    FEATURES       
    • BATTERY: 1850mAh (LTE), 1750 mAh (HSPA+)
    • OS: Jelly Bean (Android 4.1)<--(International unlock version only, Malaysia still using the ICS 4.0.4)
    • CPU: 1.2 GHZ dual core processor
    • NOTIFICATION: three-color LED
    • MICS: 2 Mics
    • BUTTONLESS
    • NFC

     
    SENSORS
    • Accelerometer
    • Gyro
    • Compass
    • Proximity/Light
    Barometer

    Ice Cream Sandwich untuk Galaxy Tab 10.1

    |
    Nampaknye walaupun kini dah masuk bulan Ogos....update dari Samsung untuk Galaxy Tab 10.1 masih lagi jadi tanda tanya, tetapi diluar negara sana Samsung telah pun mengirimkan fail update ICS secara "On The Air" atau OTA serta mengunakan Kies...negara yang bertuah ialah Itali dan United Kingdom. Aku pun dah naik bosan dengan drama Samsung Malaysia yang masih menahan proses updating nie, tak tau la ape masalahnya. Tetapi bagi mereka yang dah tak mau tunggu lagi, bole la flash sendiri Tab 10.1 korang dengan Odin dan mengunakan Stock Rom Android 4.0.4 ICS untuk tab 10.1 dari Itali. Setakat ini, setelah di flash ke ICS tab 10.1 aku masih lagi ok, berfungsi dengan cemerlangnya. Semuanya berfungsi, WIFI, kamera dan 3G semua ok.

    Seperti yang di war warkan, ICS ini memang banyak memberi perubahan kepada Tab 10.1 korang nanti. Antara penambahbaikan berbanding HoneyComb ialah efek transisi yang lebih laju dan smooth. Aplikasi lebih cepat dan pantas serta banyak lagi la.  

    * Kalau korang nak try flash sendiri, klik sini

    Bon Voyage SE X10i ku....

    |

    Sony Ericsson Xperia X10i ini aku beli pada bulan Januari 2011di Kuantan Parade. Berwarna "Pure white" satu pilihan warna yang menarik bagi aku :)....X10i ini aku beli bagi mengantikan Nokia Music Xpress (yang kini dah rosak...). Selama setahun 8 bulan lebih kurang x10i ini berkhidmat kepada aku sebagai alat komunikasi, banyak jasa dan kenangan bersama X10i ini. Didatangkan dengan OS Android 2.1 Eclair (versi awal didatangkan dengan Android 1.5 Cupcake), satu peningkatan daripada versi awalnya. Pada akhir bulan Julai 2011, SE telah menaiktaraf OS telefon ini kepada versi 2.3 Gingerbread...malangnya ini menandakan Xperia X10i telah sampai ke kitaran akhir hayatnya, X10i tidak lagi bole menerima versi terbaharu android...Oleh itu, telah tiba masanya aku melepaskan X10 ini untuk berkhidmat pada orang lain..Walaupun X10 kelihatan seperti outdated pada masa kini kerana saingan dari model-model baharu seperti X12 Arc, Sony Experia S dan Samsung Galaxy, ia masih mampu menjalankan pelbagai fungsi dengan baik...Facebook tanpa masalah, Instagram? juga okie!...Kamera? 8.1 Mp nya masih lagi antara yang terbaik sekarang...cuma prosessor 1.0 Ghz Snapdragon teras tunggalnya kadangkala agak sendat dan lambat bertindak balas...

    Terima kasih Xperia X10i ku, kau telah banyak berjasa....bye - bye T__T

    *lebih lanjut tentang Xperia X10i..klik sini

    Pengikut Tersohor

    Search This Blog

    ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!