Salam Tuan-tuan semua, Alhamdulillah Exora Bold aku telah pun selamat diservis untuk kali kedua ..ini bermakna meter perbatuan dah menjangkau 6000 km. Post kali ni aku nak bincang sikit pasal masalah-masalah yang mungkin akan muncul pada pengguna Exora lantaran ramai pemilik Exora mengadu akan masalah yang sama.
1. Lampu ABS (Anti-Lock Braking System) menyala.
Ramai yang mengalami masalah ini seawal 10000km usia kenderaan. Masalah mungkin disebabkan sensor ABS dimana-mana pacuan Exora kotor atau rosak. Penyelesaian..sila ke Sevice Center terdekat.
|
simbol amaran ABS mulfuncion |
2. Lampu CVT menyala
CVT adalah tranmisi terbaharu digunakan oleh Proton pada model-model seperti Saga FLX, Exora Bold dan Preve. Lampu amaran CVT menyala mungkin disebabkan oleh minyak/bendalir transmisi sudah kehilangan kelikatannya atau over heating.. kemungkinan yang lain adalah sensor dalam mekanisme CVT rosak.
|
contoh simbol amaran CVT |
3. Brek Berbunyi nyaring
Ramai jugak mengadu yang rotor brek mudah bercalar dan menyebabkan bunyi apabila kita membrek kenderaan. Namun begitu apabila Exora menjangkau umur 12-14 bulan Brake Pad perlu ditukar baharu. Jika tidak ditukar bunyi nyaring ketika memberek akan bertambah kuat kerana pin/klip keselamatan pada pad tersebut telah pun menyentuh rotor.
|
Brake pad yang sudah haus (Pic: from member of lowyat exora forum) |
4. Plastik Mudah patah
Sebenarnya hal ini adalah subjektif.. sekiranya tiada tekanan yang kuat atau pengendalian yang salah seperti memulas ke arah yang salah memang menyebabkan mana-mana bahagian plastik patah atau retak..
|
Tuil patah.. (pic: member of lowyat exora forum) |
|
Retak (pic by Ahmad Rizaudin of EOCM FB) |
5. Inlet Radiator ke Hos patah
Hmm, yang ni agak kritikal. sepatutnya plastik yang digunakan mesti jenis plastik thermoset yang berkualiti.. tapi nampaknya radiator buatan APM ni mudah rosak.. kalau ini terjadi..satu set radiator perlu ditukar..
|
Kes 3 (pic: Mr. Zaki Nawi EOCM FB) |
|
(pic by: Mr. Zaki Nawi EOCM FB) |
|
kes 1 (credit to mr Mohamad Roslee EOCM FB) |
|
kes 2 (credit to Mr. Fendie EOCM FB)
|
UPDATE (10/09/2014)
lantaran isu radiator untuk engin CFE ini terlampau banyak yang patah, nampaknya pihak proton telah pun mengambil langkah menambah baik rekabentuk inlet tersebut dengan menukarkannya dengan jenis logam yang pastinya akan tahan patah.... namun begitu, hanya Exora Bold yang baru sahaja akan dilengkapi radiator baru... tetapi malangnya Proton tidak membuat sebarang Recalling untuk memperbaiki Exora2 yang sedang dijalan raya.. suatu yang menyedihkan untuk pengguna Exora macam aku.. (berikut adalah gambar dari group FB EOCM):
6.
Lower arm bushing substandard/ retak
Bushing adalah getah yang digunakan untuk sebagai "vibrator isolator" dalam mekanisme mekanikal.. oleh itu fungsinya ialah menyerap dan menghalang getaran.. apabila Rubber bushing ini koyak atau retak... maka getaran tidak dapat diserap sepenuhnya dan menyebabkan bahagian yang sepatutnya terlindung dari getaran akan bergetar dan rosak.. contohnya bila lower arm rubber bushing ini rosak.. getaran akan sampai ke steering rack dan korang akan dapat merasa gegaran pada stereng korang dan pemanduan akan melengguhkan tangan...
UPDATE (16/04/14)
7. Rear Axle problem
Exora mengunakan Torsion Beam Axle bagi sistem gantungan belakang. Setup nie kelebihan dia adalah tak perlu buat alignment/penjajaran tayar sebab dia dah tetap macam iswara dan Saga MKII jugak. Kalau Gen 2 dan Preve... depan belakang independent suspension ..kalau buat alignment..agak terkoyak poket..Pun begitu Torsion Beam ni boleh rosak ... dan kesannya tayar belakang Exora korang akan botak sebelah dalam atau istilah kedai "makan dalam". Kalau ini berlaku memang sah rear axle tue dah bermasalah dan perlu ditukar... kalau under warranty FOC.. kalau dah habis warranty..kosnya menjangkau RM1000...huhuhu
|
Tayar belakang makan dalam (pic: Mr. Abdul Razak SEC FB) |
Update (9/11/2014)
8. Masalah bau petrol yang kuat setiap kali mengisi petrol.
Masalah ini memang berleluasa dikalangan Exora Bold dan Exora Cps jugak. Setiap kali selepas mengisi petrol.. jangan buka aircond ... sila buka semua tingkap dan biarkan udara luar masuk selama 2-3 minit sebelum on aircond semula... masalah ini agak melecehkan kerana menganggu keselesaan penumpang/famili dalam Exora...
Update entry (15/04/2015): http://cyberlipas.blogspot.com/2015/04/proton-exora-bold-diy-sealing-gap-pada.html
9. Cermin depan/windscreen boleh retak dengan sendiri.
Ramai jugak pemilik-pemilik Exora mengadu cermin depan pecah dengan sendiri... exora yang terlibat masih muda umurnya.. salah satu sebab cermin boleh retak dengan sendiri adalah kesalahan fitting masa pemasangan windscreen tersebut. Cermin ini boleh mengembang apabila terkena haba.. jika ruang lega antara cermin dan frame kereta adalah kurang pada kadar yang patut... cermin akan retak kerana tekanan dalaman yang terhasil apabila cermin yang mengembang akan menekan frame kereta..
10. Stereng off centre dan berat ke kiri apabila dalam pemanduan.
Masalah stereng off centre memang biasa bagi kereta proton, kereta Gen-2 milik kami yang sudah berusia 8 tahun itu pun masih off centred sejak dari keluar kedai... Namun, pemanduannya sangat bagus dan sharp. berbeza dengan Exora.. sistem stereng exora seolah-olah ada masalah... bila dipandu anda pasti terasa seperti ditarik-tarik ke kiri ...semakin laju semakin ketara.. menyebabkan pemanduan pada kelajuan tinggi amat berbahaya dan terasa seolah-olah terapung-apung...
Update (27/12/2019)
11. Motor wiper cermin depan rosak.
Ramai pemilik-pemilik Exora mengalami masalah yang satu ini, wiper depan asik berhenti di tengah cermin atau berhenti dimana-mana sahaja. ada juga yang terus tidak bergerak. Masalah ini dikatakan berpunca dari wiper motor keluaran LUCAS, kompeni ini ada yang mengatakan berasal dari India, tetapi ada juga yang mengatakan ia adalah dari United kingdom. Harga baharu bagi motor ini dari Alatganti Tulen Proton adalah sekitar RM 300.00, manakali untuk pilihan jenama OEM boleh didapati dengan harga yang murah sekitar RM150.00 sahaja. Exora penulis sendiri telah pun rosak selepas 5 tahun pemilikan dan akan diganti hujung tahun ini sekali dengan major service yang wajib.