Proton Exora Bold: Update Recall dari proton..

|
Alhamdulillah, selepas berminggu- minggu aku menunggu...akhirnya penantian itu berakhir jua.. Manager SC Mukah berjaya mendapatkan replacement part untuk kerja rework radiator Exora aku ni. Nak menjadikan cerita, Exora Bold aku yang pertama seumpamanya di Mukah ini yang menyahut recall dari pihak proton. Oleh itu, mekanik minta tinggalkan Exora seharian di SC untuk kerja - kerja rework dan minor service.. dia kata kena take time sebab yang pertama ..takut salah dan merosakkan lagi keadaan. Aku ok je.... Nasib la ada kawan yang sedang bersiaran di pasar Mukah... dapat aku menumpang balik ke pejabat.. Pukul 3.30 ptg, telefon aku berdering... Exora dah siap... RM 191.80 kos service, copper nipple tue FOC. Sakarang dah rasa lega, sebelum ni bila nak jalan jauh je... tak senang hati takut problem di tengah jalan... TQ SC Mukah :)
selepas proses "rework"

Pengikut Tersohor

Search This Blog

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!