Kisah 1: Karpet Basah
Semalam, setelah lama Exoraku tidak berbasuh... mata aku dah tak boleh tahan sakit melihatnya... penuh lumpur dan tahi burung...hmmm nasib lah tinggal di rumah pangsapuri.. tiada pakir berbumbung...malah burung2 liar sangat suka membuang najis...
Memandangkan bulan ini agak sengket... Duit gaji kene potong.. terpaksa lah meringankan tangan basuh sendiri si Exora ni.. sekurang-kurangnya bole jugak kuar peluh.. hehehe. Selepas dibasuh dan dilap... masa untuk membersihkan ruang kabin... coil mat di angkat untuk ditengkuh .... Owh! kenapa carpet belakang basah?
kawasan ini basah |
Kisah 2: Proton Recall Booking
Akhirnya pihak Proton telah memulakan langkah memanggil semula semu 40000 model Exora Bold CFE / Turbo baru-baru ini secara rasmi dan di war-warkan di media massa. Aku pun telah pergi ke SC Mukah untuk booking. Exora aku pun dan cukup milage untuk service ketiga. Tapi selepas seminggu masih lagi pihak SC tidak memaklumkan aku samada part ganti tue dah sampai ke tidak...hmmm... ini lah janji dimulut sahaja.. Nampaknya aku perlu menerjah ke SC sendiri kot baru boleh tahu....