Fotografi: Sony NEX 3N - Selepas puas DLSR ku cuba Mirror less Camera

|





Sony NEX-3N dengan Lensa 16-50mm OSS

Lama juga aku tidak berbicara fasal fotografi dan kamera. Bukan setakat agak lama, tetapi memang sangat lama. Tapi ini tidak bermakna aku sudah meninggalkan dunia fotografi yang sudah sebati dengan diri ini.

Sebelum ini, aku sudah lama mendengar dan membaca mengenai kamera berkonsep baharu dengan keupayaan setara DLSR. Walaupun aku agak was -was dengan idea "setara DSLR", aku tidak nafikan kamera tanpa cermin ini sememangnya mempunyai ciri-ciri yang bagus. Malah saiznya yang lebih kompak dan ringan amat memenangi hati pengguna. Oleh sebab inilah aku memilih untuk memiliki sebuah kamera ini setelah beberapa lama berfikir.

Sony NEX-3N adalah model yang aku pilih.. warna putih.. kebetulan ia adalah stok terakhir.. maka harga yang aku dapat amat berbaloi. Kemera ini banyak juga kelebihanya seperti:



  • Kualiti gambar 14megepixel yang agak baik. Namun, belum boleh menanding kualiti kemera tua aku Nikon D700 yang aku kira mutu gambarnya amat tersohor.
  • Saiznya amat kompak dan ringan... membawa sebuah kamera DLSR untuk tujuan sesi bergambar secara santai bukan la satu hal yang menyenangkan, ia berat dan besar serta perlu digantung dileher... tetapi Sony Nex 3N ia boleh dimasukkan dalam poket jaket atau dipegang tanpa rasa lengguh.
  • Kualiti videonya sangat mengagumkan aku. Ciri penstabil lensa apabila merakan video amat-amat menakjubkan.. malah tanpa perlu tripod.. hasil rakaman begitu lancar tanpa getaran.
  • Saiz sensor adalah APS-C.. setara model-model DLSR seperti Nikon D3000 dan D7000..
  • Rekabentuk yang aku kira agak moden dan menarik.. Lampu denyar terbina dalam boleh dipusing ke atas untuk hasil pencahayaan yang baik.
untuk review yang lebih lengkap, silakan lah ke laman ini http://www.digitalcamerareview.com/default.asp?newsID=5418&p=2

0 comments:

Post a Comment

Pengikut Tersohor

Search This Blog

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!