Showing posts with label Gajet. Show all posts
Showing posts with label Gajet. Show all posts

WTS: Nikkor 85mm f3.5 AFS Micro

|
Salam semua...post kali ni aku nak berniaga..hahahaha...aku nak jual lens kesayangan aku ni, Nikkor 85mm f3.5 AFS Micro. Seperti yang tertera  pada nama lens ni, korang mesti dah tau yang lens ini adalah lens khas untuk Macrography, satu cabang dalam bidang fotografi yang menekanan subjek - subjek yang kecil dan detail. Mungkin korang tak pernah dengar atau tahu akan lens ni. Maklum la, lens Tamron SP 90 f.2.8 dan abang-abang dari Nikkor lebih popular.

pandangan hadapan

pandangan atas
lens ini adalah lens jenis DX maka, kalau korang pakai FX kurang sesuai la (tapi masih bole guna). Lens ini tak la wide aperture cam saingannya. tapi bagi satu lens Macro, aperture bukan soal pokok. 

Ape pun, ini adalah beberapa sample gambar yang dihasilkan oleh lens ini, semua adalah dari koleksi aku..bukan celup internet ye...
Bunga

Ikan Laga

Bunga lagi..
Akhir sekali...bab harga ...aku letak RM 1000.00 sahaja..termasuk segala aksesorinya iaitu Hood, Box dan beg punjut ....Kondisi..sangat baik sebab jarang guna dan sentiasa duk dalam Dry Box...warranty dah abih..COD sahaja kawasan Dungun-Paka-Kertih...sebab jual coz aku dah tak pakai Body DX dah...dan nak funding untuk lens lain...hehehehe..Berminat??

Shoot Lanskap di Batu Pelanduk, Kuala Abang.

|
Disuatu hari yang baik dan cuaca yang baik, aku memutuskan utuk mencuba len baru aku 24-70mm untuk landscape photography. Teknik yang aku sangat suka adalah Teknik Slow Shutter. Teknik ini kan menghasilkan effect seolah-olah air menjadi kapas! sekali pandang kadang-kadang nampak macam awan pun ade. Bagi mendapatkan gambar yang lebih dramatik, selalunya aku akan pilih pantai yang mempunyai batu-batan semula jadi. Di Dungun ini terdapat beberapa spot yang sesuai, antaranya Teluk Bidara, Teluk Gadung dan Batu Pelanduk.

Satu lagi perkara yang mesti semasa melakukan teknik slow shutter ini, korang perlu akan satu alat yang dikenali sebagai Neutral Density  (ND) Filter, tak kira jenis slide atau circular yang bole dipasang pada hadapan lens.
Filter jenis slide cap Cokin juga bagus walaupun bukan terbaik

Hasil post editing outing Batu Pelanduk,

Lensa baharu Nikkor 24-70mm f2.8 ED

|
Tahun ini tahun yang sangat sibuk sehingga aku tak dan masa untuk berhobi. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk bergiat aktif semula berkarya dalam fotografi. Satu keputusan besar jugak aku lakukan untuk menukar  sistem ke Format FX. Sebelum ini aku mempunyai dua buah body Nikon D7000 dan Nikon D700. Bole dikatakan aku mempunyai koleksi lensa DX yang agak lengkap sperti Nikkor 17-55mm f2.8 ED Dx dan Nikkor 85mm f3.5 micro DX. Tapi aku tak cukup modal nak beli Nikkor 24-70mm f2.8 ED untuk D700 aku..hehehehe. Sebagai ganti aku beli Tamron 28-75mm f.2.8 sebagai ganti kerana harganya cukup murah dan kualiti gambar yang agak memuaskan berbanding Sigma.


Tapi aku tetap memasang impian untuk memiliki lensa nikkor 24-70mm itu jugak. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk swap Nikon D7000 + Ori BG + Nikkor 17-55mm dengan lensa 24-70mm di kedai Fotosun di Kuantan. Walaupun aku kehilangan satu set D7000 bersama lensa DX yang cukup baik..tapi aku rase ia berbaloi untuk aku tukarkan dengan lensa 24-70mm walaupun lens tu secondhand tetapi nampak sangat owner sebelum ini sangat jarang mengunakan lens itu.

selamat tinggal D7000 ku, semoga kamu mendapat tuan yg lebih baik
So sekarang aku hanya mengunakan satu body, D700 bersama dengan koleksi lens aku Nikkor 24-70mm f2.8 ED, Sigma 70-200mm F2.8 HSM II macro dan prime lens aku Nikkor 50mm f1.4.
Hari pertama D700 aku disandingkan dengan Nikor 24-70mm.. Perfect!!
Target aku plak sekarang ini adalah untuk memiliki lens ultra wide fullframe Nikkor 18-35mm f3.5-4.5 yang berharga dalam lingkungan RM 2100.00. InsyaAllah jika lens Tamron dan Nikkor 85mm micro dapat dijual...dapatlah aku merasa len ultra wide nie. 
Lens impian seterusnya....InsyaAllah


Samsung Galaxy Nexus (aka Nexus Prime), yang aku suke dan tidak

|
Samsung Galaxy Nexus

Salam Aidilfitri dari aku untuk semua, hehe...maap la ye tidak ade entri khas untuk aidilfitri tahun nie. Post hari ini adalah pasal gajet baharu aku, telepon mudah alih Samsung Galaxy Nexus yang dibuat oleh Samsung khas untuk Google. Dah lebih kurang 2 minggu aku mengunakan telepon ini sebagai alat komunikasi utama aku. Galaxy Nexus ini jugak mengantikan SE Xperia X10 aku yang lama. Oleh itu, hari ini aku nak berkongsi kelebihan dan kekurangan telepon ini dari konteks mata penguna...aku lah tue,

yang aku suke:

  • rekabentuk yang minimalist, smart dan simple.
  • resolusi paparan skrin yang sangat jelas dan terang (sharp and vivid).
  • skrin yang besar.
  • OS Android yang terbaharu iaitu ICS 4.0.4..(untuk luar negara dah pakai Jelly Bean 4.1).
  • Gorilla Glass , Maaf ye..Kaca terbaja (fortified glass) sebagai kaca skrin yang tahan calar..tapi aku pakai screen protector jugak..sehingga kini Samsung tidak menyatakan Jenama kaca ini...
  • ada Android Beam!!
yang aku tidak suke:

  • bile cas, tak ade sebarang penunjuk LED yang menyala (hmmm...aneh?).
  • tidak ade File Manager / My Files....kene pakai third party application....
  • antara muka yang biase2 je..tak macam Galaxy SIII yang pakai Touchwiz (aku suke antaramuka SIII).
  • kat notification tray, takde " power control"...just ade ikon "setting".
  • sesetengah Live Wallpaper tidak sesuai...(mungkin akan di update)

Bagi korang yang nak tau spefikasi Galaxy Nexus..ini lah dia:

SCREEN
  • 4.65" HD (1280 x 720) Super AMOLED
  • Contour Display (curved glass)
SIZE
  • 67.94 X 135.5 X 9.47mm (LTE)
  • 67.94 X 135.5 X 8.94mm (HSPA+)
WEIGHT
  • 145.5 g (LTE)
  • 135 g (HSPA+)
DATA
  • WiFi
  • Bluetooth
  • MEMORY
    • Storage: 32GB (LTE), 16GB (HSPA+)
    • Memory: 1GB RAM
    CAMERA
    • 5MP continuous auto focus
    • 1.3MP Front
    • LED Flash
    • Zero shutter lag
    • Video recording in 1080p
    NETWORK
    • Option 1: CDMA/LTE
    • Option 2: HSPA+/3G/EDGE/GPRS
    USB

    • Micro USB
    FEATURES       
    • BATTERY: 1850mAh (LTE), 1750 mAh (HSPA+)
    • OS: Jelly Bean (Android 4.1)<--(International unlock version only, Malaysia still using the ICS 4.0.4)
    • CPU: 1.2 GHZ dual core processor
    • NOTIFICATION: three-color LED
    • MICS: 2 Mics
    • BUTTONLESS
    • NFC

     
    SENSORS
    • Accelerometer
    • Gyro
    • Compass
    • Proximity/Light
    Barometer

    Ice Cream Sandwich untuk Galaxy Tab 10.1

    |
    Nampaknye walaupun kini dah masuk bulan Ogos....update dari Samsung untuk Galaxy Tab 10.1 masih lagi jadi tanda tanya, tetapi diluar negara sana Samsung telah pun mengirimkan fail update ICS secara "On The Air" atau OTA serta mengunakan Kies...negara yang bertuah ialah Itali dan United Kingdom. Aku pun dah naik bosan dengan drama Samsung Malaysia yang masih menahan proses updating nie, tak tau la ape masalahnya. Tetapi bagi mereka yang dah tak mau tunggu lagi, bole la flash sendiri Tab 10.1 korang dengan Odin dan mengunakan Stock Rom Android 4.0.4 ICS untuk tab 10.1 dari Itali. Setakat ini, setelah di flash ke ICS tab 10.1 aku masih lagi ok, berfungsi dengan cemerlangnya. Semuanya berfungsi, WIFI, kamera dan 3G semua ok.

    Seperti yang di war warkan, ICS ini memang banyak memberi perubahan kepada Tab 10.1 korang nanti. Antara penambahbaikan berbanding HoneyComb ialah efek transisi yang lebih laju dan smooth. Aplikasi lebih cepat dan pantas serta banyak lagi la.  

    * Kalau korang nak try flash sendiri, klik sini

    Bon Voyage SE X10i ku....

    |

    Sony Ericsson Xperia X10i ini aku beli pada bulan Januari 2011di Kuantan Parade. Berwarna "Pure white" satu pilihan warna yang menarik bagi aku :)....X10i ini aku beli bagi mengantikan Nokia Music Xpress (yang kini dah rosak...). Selama setahun 8 bulan lebih kurang x10i ini berkhidmat kepada aku sebagai alat komunikasi, banyak jasa dan kenangan bersama X10i ini. Didatangkan dengan OS Android 2.1 Eclair (versi awal didatangkan dengan Android 1.5 Cupcake), satu peningkatan daripada versi awalnya. Pada akhir bulan Julai 2011, SE telah menaiktaraf OS telefon ini kepada versi 2.3 Gingerbread...malangnya ini menandakan Xperia X10i telah sampai ke kitaran akhir hayatnya, X10i tidak lagi bole menerima versi terbaharu android...Oleh itu, telah tiba masanya aku melepaskan X10 ini untuk berkhidmat pada orang lain..Walaupun X10 kelihatan seperti outdated pada masa kini kerana saingan dari model-model baharu seperti X12 Arc, Sony Experia S dan Samsung Galaxy, ia masih mampu menjalankan pelbagai fungsi dengan baik...Facebook tanpa masalah, Instagram? juga okie!...Kamera? 8.1 Mp nya masih lagi antara yang terbaik sekarang...cuma prosessor 1.0 Ghz Snapdragon teras tunggalnya kadangkala agak sendat dan lambat bertindak balas...

    Terima kasih Xperia X10i ku, kau telah banyak berjasa....bye - bye T__T

    *lebih lanjut tentang Xperia X10i..klik sini

    Snow Leopard VS Lion

    |
    Snow Leopard dan Lion
    Agak-agak la kan...kalau dua ekor kucing kat atas ni bergaduh ...yg mana akan menang??...tapi itu bukan isunya huhuhu...mustahil dua kucing ni bertembung secara alami kerana habitat dua ekor kucing ni berbeza. Ape sebenarnye motif aku adalah nak citer pasal Macintosh OS X versi Snow Leopard dan yang terbaharu versi Lion (skrg dah kuar pulak Mountain Lion..). Bagi aku seorang penguna Apple Macbook Pro paling murah dipasaran....mase aku beli tue memang Lion dah release tapi belom lg didatangkan sekali dengan Macbook Pro...tetapi Macbook Air dapat pulak...adeh!.....untuk upgrade dari Snow Leopard ke Lion poket korang kene ade USD29.99....hmmm lebih kurang MYR105.00 la.....korang bole update kat App Store dengan semudah ABC...just pastikan Kredit Kad korang tak kene block huhuhuhu....Tapi sampai ke hari ini aku masih setia pada Snow Leopard (hahaha taik hidung masin... upgrade free xde??). Satu lagi yang membuatkan aku rase ralat yang amat sangat bile aku dpat tahu yang Apple bagi free voucher upgrade ke Lion untuk mereka yang beli Macbook dan iMac dari bulan Mac ke Jun 2011 yang lepas....tapi aku yang malang ini terlepas pandang dan tahu pada Julai....hampeh betoi..

    Ice Cream sandwich

    |
    Maskot ICS

    Ice cream memang sedap dimakan...lebih2 kalau hari panas..terasa nikmatnye. Tapi pos ni bukan pasal ice cream yang bole dimakan...tetapi pasal OS yang baru bagi mengantikan OS Android 3.0 Honey comb Tab 10.1 aku...aku ni dah naik bosan dengan Samsung sebab asik buat drama bile nak update semua Galaxy Tab generasi pertama....Tab2 semua dah siap ade Android 4.0.3 ICS yang begitu menjeleskan aku...hampeh betul Samsung...nak suruh org tukar ke Tab2 la tue....kasi sale kencang new product diorang...hmmm. ICS ni sebenarnya tak banyak beza pun dengan Honey Comb, cuma interface nampak lebih smart dan smooth. Dengar citenye dalam bulan Julai atau Ogos update akan di push secara "on air"...bile la ni...penat dah menunggu... T__T...

    Galaxy Tab2 10.1 dengan ICS  

    Cover Book Tab 10.1

    |
    Al kisahnye, aku naik bosan melihat cover book tab aku yang dah huduh tue.....beli kemain mahal tapi tak tahan pun......yang ini aku beli RM80.00 kat ECM...kalau kat Dungun lagi la MAHAL bole pulak satu kedai di Mesra Mall bole letak rege dekat RM200.00 (gile ke hape!!!) . Tapi ku sangka panas ke petang rupanye hujan di tengah hari....walaupun cover book ni nampak smart dan slim ...tapi kulit dia tak tahan calar...bile dah calar nampak huduh sangat..

    Cover Book oleh Samsung
    Dipendekan cerita aku pun beli la yang baharu kat ECM (jugak). Tapi kali ni buat aku terkejut betul...agak2 nye tablet ni dah jadi trend zaman sekarang sampai hampir semua manusia ade Tablet...tak kesahla  cap Galaxy Tab ke, Ipad...dan cap lain yg aku musykil nak menyebutnye. Oleh kerana ramainye umat yang pakai tablet...harga cover book ni dah jatuh gile2. Siap kasi free dengan screen protector bagai.....dengan hanya berharga RM60.00 aku dapat Cover book baru lebih tahan calar dan tukar screen protector baru jenis gloss ....yang sebelum jenis Anti finger mark....tapi aku tak suke sebab nampak kelabu je skin tab aku....dah le MAHAL plak ...sebab aku pasang kat kat Dungun...(Moral of the story....jgn beli brg kat Dungun..Mahal!!)

    Cover book ni ala Ipad tapi untuk tab 10.1(abaikan water mark tue)

    Pengikut Tersohor

    Search This Blog

    ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!