Pasar Besar Dungun..Warna - Warni Kehidupan

|

Interframe plak kete mahal ni...


Stereotaip bagi sebuah pasar basah ialah menjelekkan...hanyir dan untuk ke sana hanya dengan satu tujuan...iaitu membeli barang basah seperti ikan dan daging. Tapi stereotaip pasti akan berubah kalau korang datang berkunjung ke Pasar Besar Dungun Terengganu. Pasar ini sangat meriah dan hidup sekali. Tak kira hari apa sahaja..pasar besar ini menjadi tumpuan akan sekalian orang di Dungun untuk pelbagai tujuan. Bukan sekadar mahu membeli ikan, Pasar ini boleh dikatakan lengkap segala serbi keperluan harian. Bukan sahaja hasil laut yang segar, daging dan sayur-sayuran, tetapi pasar ini cukup terkenal dengan kedai-kedai makan sarapan pagi..sebut sahaja pasti ada..Nasi Dagang? Nasi Minyak? Nasi Sup? Kueh muih? dan pelbagai lagi menu warisan tempatan yang boleh sahaja melopongkan mulut korang apabila melihatnya seperti Kerabu Sarang yang diperbuat dari rumput laut. Pendek kata korang tak perlu ke Pasar Besar Kedai Payang untuk merasakan susana sebegini.

Hari itu, aku memilih untuk bersarapan di Pasar Besar Dungun...Nasi Sup salah satu kedai disini cukup meruntun kalbu...barang sekali termakan...pasti termimpi hendak lagi!! 


Kerabu Sarang

Pelbagai pilihan nasi

Suasana orang ramai

pelbagai kueh muih tradisi Melayu 

Apam Balik!!!

macam-macam pilhan apam balik.

sebuah gerai yang menjual ikan kering

Keropok dan Satar Pantai Kelulut

|
Agin kencang..pohon nyiur melambai
Pada suatu hari yang lalu yang mana aku sendiri tidak berapa pasti akan tarikhnya...tapi aku pasti ia satu perjalanan yang begitu menarik bagi aku. Dungun ke Kuala Terengganu boleh dihubungi dengan pelbagai cara...tapi aku lebih suka mengunakan jalan pantai...ini kerana aku boleh melalui beberapa kampung yang dan kawasan yang terkenal dengan hasil kampung seperti keropok. 

Hari itu, cuaca agak mendung..malah hujan seketika dan reda...angin agak kencang...oh ya ini mungkin kesan dari taufan tropika yang hampir melanda Terengganu...Hari itu aku mahu ke Padang Nenas..mahu menghadiri satu majlis makan-makan sempena hari jadi anaknya. Dalam perjalanan aku singgah di Pantai Kelulut...sepanjang jalan pantai ini, ada pelbagai gerai yang menjual makanan kegemaran orang pantai timur..keropok lekor, keropok keping, satar dan dodol. Terus terang aku adalah peminat kesemua itu....cuma kalau satar..jarang sekali aku makan di Dungun kerana satu kejadian buruk aku termakan satar lama yang telah menyababkan satu badan aku gatal. Oleh itu, aku hilang percaya pada kesegaran satar yang dijual di Pasar malam Dungun. 

Angin yang agak kencang seolah-olah menolak kereta putihku...tapi mata ini sedang menjeling-jeling kedai yang mana satu yang mahu aku pilih...akhirnya Kedai Keropok Dayang 45 jadi pilihanku..barangkali asap dari tempat membakar satar membuatkan aku terhenti di kedai itu. Kedainya agak kecil...dan kusam...tapi barangan yang dijual tidaklah kurang banyaknya..ada keropok lekor...keropok keping...pelbagai colek dan sos..dan tak lupa satar yang sedang dibakar..wah..pasti ini segar..kerana masih terlihat daun pisang itu masih kehijauan.

pelbagai pilhan yang ada

satar yang dibakar segar

inilah nama kedainya

Di Terengganu, Sos keropok dipanggil "Cuke"



Teluk Gadung..dulu, kini...dan....

|

Hari cuti sebegini (Maulidur rasul), selalunya aku bermalasan di rumah...biarlah tinggi mentari diluar...tapi aku masih bermalasan. Tapi hari ini lain, pagi-pagi lagi aku sudah bersiap...tak lain kerana telah aku berjanji untuk ke rumah Tn. Hj. Kadir untuk membayar sewa rumahku...sengaja ku segerakan   kerana sewa bulan lepas masih bertunggak...biarpun ada bonus setengah bulan, banyak pula belanja yang nak tak nak perlu dilunas...cukai jalan la...insurans la...hmm..Selesai menyerahkan wang sewaan, aku langsung ke Kopitiam Dungun...perut ini perlu diisi..Alhamdulillah...kenyang...

Menjadi kebiasaan aku apabila balik ke rumah..pasti aku melalui jalan pantai...entahla menjadi tabiat aku suka melihat pantai dan ombak...biarpun hakikatnya ada jalan yang lebih singkat dan cepat...alang-alang aku melayan jiwa sambil memandu...aku langsung sahaja ke Teluk Gadung. Cuaca yang cukup baik..panas tak panas...mendung tak mendung...redup tapi cerah..

Teluk Gadung...nama tak asing bagi sekalian rakyat Dungun...malah bagi siswa UiTM..nama ini cukup sinonim..kerana kampus UiTM Dungun betul-betul terletak di teluk ini. Lanskap Teluk Gadung agak istimewa....ada teluk, ade tasik dan ade bukit yang menatari potrait alam ini...

Tapi...bak kate pepatah...sekali air bah sekali pantai berubah, begitulah nasib Teluk Gadung...wajahnya tak seindah dulu....kalau 10 tahun dahulu, ade tasik yang airnya tenang, ditengahnya ada pondok wakaf yang dihubungi oleh titian...kini semua itu telah tiada..

Aku masih ingat, pengunjung bole sahaja mendaki bukit sebelah tasik itu dengan tangga kayu yang disediakan...gah papan tanda Hutan Lipur Tanjung Gadung dikala itu. Sedar tak sedar semua itu juga jadi kenangan...

Malah, tasik juga sudah kering kerana benteng pasir yang memisahkan pandai dan tasik telah runtuh..menyebabkan air tasik keluar ke laut...kini tasik hanya kelihatan seperti tasik sekiranya air pasang...apabila air surut,....dasar tasik jelas kelihatan...


Tasik ini kekeringan air

Pantai Teluk Gadung


Trek Jogging juga tersedia 

sudah menjadi budaya orang kita..sampah ditinggalkan begitu sahaja..


sampah yang dibuang tak kene pada tempatnya

tong sampah tersedia..tapi buang sampah merata jadi amalan


Nah...kalau satu tak cukup...

Q'sya Pink Burger

|
Hari ini...ye hari ini...hari yang sangat letih...penat betul rase badan ini. Seharian aku memanjakan si kereta putih aku...hahahaha...dari satu bengkel ke bengkel lain...okkk..tapi post ini bukan citer pasal tue ye..ade post khas untuk itu.

Seperti tajuk yang diatas..ye diatas...Ini post pasal gerai burger berhampiran umah aku...Q'sya Pink Burger. Terus terang aku jarang makan burger dari gerai tepi jalan, tetapi gerai milik Bro Yamin ini menawarkan pilihan burger yang aku kira amat menarik sekali...tak perlu aku cakap lebih...lihat sahaja menunya ..korang pasti terlopong untuk memilih yang mana satu.

Antara banyak-banyak pilihan kat menu tue..aku paling suke Papa Burger ... one of the special menu kat gerai ini...memang sedap hingga menjilat meja  jari...hehehehehe

Ape ape pun, kepada Bro Yamin diharapkan bisnes bro akan terus berkembang maju..InsyaAllah..

Bagi sape2 yang berminat nak mencoba sila cari gerai ini berhampiran simpang trafik light Alor Tempoyak, berhadapan Spa Cuci Kereta..dan bersebelahan dengan Balai Selera Tomyam..selamat mencoba ya tuan  - tuan.

Q'sya Pink Burger

very the pink...amek ko

Menu special..PAPA BURGER!!!

korang pilih la...



ini santapan aku...PAPA BURGER

Kemasik... Sebuah Potrait Alam...

|

Cube itam putih plak sekali sekale...

Barangkali kalau anda pernah memandu dari Kuantan ke Kuala Terengganu...Pastinya korang akan melalui  akan pantai nan indah ini. Pantai Kemasik yang terletak di Kampung Air Jernih amat memukau akan sesiapa sahaja yang datang berkunjung.  Selain batuan pantai yang menghiasi pantai ini, terdapat dua buah binaan alam semulajadi iaitu dua bukit batu di tengah deruan ombak seolah - olah sebuah tugu.

Pada satu hari yang ku kira amat elok sekali cuacanya...sang mentari akhirnya bersinar setelah beberapa hari menyisih dibalik mega - mega mendung. Arakian itu, timbulah niat di hati hendak berouting di Pantai Kemasik...lantaran sebelum ini nasib ku kurang elok dek hari hujan dan angin yang kencang memustahilkan aku berkarya. 

Tanpaku lengah, kereta putihku dipacu..doa dihati moga panas yang ku harap sampai ke petang..hehehehe..ternyata rezeki Allah untuk ku hari itu...langit yang biru...mega nan putih bersama deruan ombak yang linang...menyambut ku di Pantai Kemasik.

Selepas mengambil hawa dingin dan menikmati deruan ombak...ku anggar sudah molek benar masanya untuk kamera dipasang...filter dikeluarkan... tripod juga disedia...cahaya mula kelam bermaksud lebih lama shutter bole terbuka. kelihatan urat-urat merah di awan...Ya Allah indah sungguh ciptaan MU. 

Pantai Kemasik

Outing bersama rakan ke Pulau Sekati, Kuala Terengganu

|
Sebermulanya cuti semester para pelajar Politeknik, aku memasang niat untuk rajin ber"outing" menangkap gambar. Maka pada 14 Disember 2012 yang telah pun lama berlalu...aku ngan kengkawan merencana untuk outing ke Pulau Sekati, Kuala Terengganu.

Walaupun aku telah hampir sedekad bermastautin di bumi Terengganu ini, tidak pun barang sekali aku mengetahui akan tempat ini malah menjejakinya pun belum jua pernah. Hati berasa gembira kerana lama tidak berouting ...hahahaha
Selamat datang!!

Pulau Sekati ini terletak berhampiran Losong ..ya berhampiran Museum Terengganu itu la...juga bersebelahan dengan Pulau Wan Man...ya Taman Tamadun Islam itu lah jua dipanggil akan sekalian orang. Masyarakat di pulau ini adalah masyarakat perkampungan tradisional...tiada kereta mahupun lori boleh bergerak disini melainkan motosikal sahaja...

Tapi....Tampaknya Pulau Sekati sedang dilanda pembangunan...titi baharu sedang dibina...sungai di tambak...landskap alam berubah jua gara asa manusia. Rumah- rumah kayu...buruk terbiar...sayang rumah tradisi Melayu dimakan usia....esok lusa anak cucu hanya tau banglo dan kondo...sedikit  terkilan dihati aku.....

titi baharu

Barangkali ini jambatan baharu 

Pulau ini masih hijau


kolek yang sudah usang terbiar

atap rumah kayu..lengkap bermahkota

Kiev milik Nazrien

Pie dengan Kowa

Nazrien pulang..barangkali subjek  kurang kali ini

Nazrien

Analog masih wujud..

26 Bulan Bergigi Besi

|


ini bukan aku hahahaha
Salam...wah...berabuk siot blog aku ...hahaha...nampaknya kesibukan ditambah kemalasan menguasai hidup aku. Post kali ini adalah pasal tamatnye rawatan aktif Ortodontik aku...pada 20.12.2012 yang lepas selepas 26 bulan aku "bergigi besi"...akhirnya hari itu...aku bebas!!!

26 bulan bersama braces atau pendakap gigi banyak kisah manis dan pahit...3 bulan pertama adalah waktu paling genting...menanggung sakit siang malam...gusi bengkang di tambah Ulser mulut di sana sini...itu satu reaksi normal apabila ada bendasing dalam mulut korang. Alhamdulillah, lepas itu semuanya menjadi biasa...bak kata pepatah.."alah bisa tegal biasa".

Selama 26 bulan, menu makanan perlu dijaga...tidak bole makan kekacang...kerepek...ini semua menyebabkan braces korang akan rosak...dan bile rosak..ia satu masalah yg serius lebih-lebih lagi bile arc wire tercabut dan menusuk dinding pipi...

Setiap bulan pastikan korang kene jumpe dentist untuk tukar ligamen atau getah pada braces korang. Sebagai seseorang yang menjalani rawatan orthodontic, komitmen sangat la tinggi.

26 bulan bersama, bila ditanggalkan aku berasa aneh...kalau dulu senyumku bertatah besi..kini hanya gigi yang polos. Tapi..episod ini belum berakhir.. selepas braces dicabut..Retainer pulak yang mengambil alih tugas untuk memastikan gigi aku tidak "relapse". selapas seminggu, retainer aku yang ditempa khas mengikut mulut aku telah siap...Doktor memasangnya..agak ketat..tapi doktor kate it's ok.

Tapi, aku rase retainer gigi bawah aku sangat ketat...sampai gusi aku luka...aduh....oh ya...retainer ini perlu dipakai selama-lamanya....

Pengikut Tersohor

Search This Blog

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!