|
Campro S4PE 1332cc |
Proton Gen2 ini terlampau banyak jasanya, banyak juga kenangan-kenangan dengan kereta ini. Penulis sebenarnya sudah mempunyai sebuah MPV bagi menganti kenderaan keluarga kami. Namun kerana harga minyak petrol semakin mahal, penulis memilih untuk mengaktifkan semula penggunaaan kereta lama kami ini. Penggunaan minyak Exora adalah kurang efisyen untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja dan pusat asuhan. Proton Gen2 lebih jimat kerana ia hanya 1300cc dan lebih ringan dari Exora.
Usia Gen-2 kami ini sudah pun 11 tahun, bermula episod-episod kerosakan yang terpaksa penulis tanggung:
1. Menukar set timming belt, fan belt dan rocker head seal - perkara ini terpaksa ditukar kerana milage pada masa itu sememangnya menuntut penukaran alatan ini, Rocker head seal perlu ditukar kerana kebocoran minyak hitam amat kritikal sekali.
|
Set OEM dari proton RM230.00 |
2. Water pump - perkara ini sebenarnya penulis sangat menyesal kerana tidak dibuat sekali dengan penukaran timming belt, akibatnya Gen-2 kami overheat pada satu petang semasa sedang pulang dari pekan mukah.
3. Head Skimming dan Top Overhaul serta menganti Fan belt tensioner - Selepas kejadian overheating, penulis telah menghantar ke bengkel untuk menukar water pump yang baharu. pemeriksaan awal menunjukan tidak perlu buat top overhaul kerana bunyi enjin adalah halus. Tetapi apakan daya, selepas 2 minggu memandu ternyata head gasket sudah terbakar kesan dari overheating sebelum ini. Sekali lagi Gen2 terpaksa masuk bengkel lagi. Penulis bimbang kerana dengar cerita orang, head Campro tidak boleh dipotong atau di skimming.. tetapi mekanik mengatakan head campro boleh di potong pada kadar yang sedikit sahaja. Alhamdulillah, selapas skim dan top overhaul, prestasi enjin Proton Gen2 kami sangat baik seolah - olah enjin baharu. Apa yang kurang gembira penulis terpaksa mengeluarkan kos sebanyak hampir RM1400.00 untuk semua kerja-kerja skiming dan top overhaul termasuk alatgantian yang baharu.
|
head enjin telah dikeluarkan |
4. Set Kunci Baharu dan getah tingkap - hendak dijadikan cerita, kami sekeluarga pulang bercuti ke kampung agak lama. apabila pulang ke Mukah, malangnya kereta kami kehabisan bateri. Proton gen2 ini hanya mempunyai 1 slot kunci sahaja iaitu pintu sebelah pemandu. malangnya kunci (lock barrel) itu telah jem..tidak dapat dipusing lagi. Dipendekkan cerita penulis telah mendapatkan kihdmat seorang mekanik untuk mengopak pintu kereta... kerosakan yang terpaksa dibuat adalah menanggalkan getah pintu untuk mendapatkan ruang bagi menjolok tuil selak dengan pembaris.
|
Getah ini berharga RM80.00 ye .. bukan murah |
|
Key set ini berharga RM178.00 mengandungi start barrel dan door barrel serta 2 kunci |
|
start barrel yang asal |
5. Central lock actuator pintu penumpang belakang - Penulis DIY pemasangan alatan ini, proses agak mudah dan untuk pengetahuan pembaca, actuator Proton gen2 ini adalah sama dengan actuator kereta Renault... harga seketul adalah RM60.00
|
Inilah rupa central lock actuator Proton gen2 |
|
Disini duduknya, agak sukar juga hendak dicapai dengan tangan |