Pages

Sunday, November 9, 2014

Proton Exora Bold: Ulasan dan resensi semula selepas 10 bulan sebagai kenderaan keluarga

Proton Exora


Alhamdulillah, kini telah pun genap 10 bulan Exora Bold digunakan sebagai kenderaan utama keluarga aku.. dan kini sampai lah pula aku membuat ulasan dan penilaian yang lebih mendalam bersandarkan pengalaman 10 bulan ini. ODO meter juga kini telah menjangkau 16000KM ... dan sedia untuk diservis untuk kalu yang ketiga. Harapan paling besar pada servis kali ini ialah penambahbaikan muncung hos radiator ke turbo yang perlu ditukarkan kepada muncung besi... harapnya SC di Mukah ini telah sedia dan maklum akan masalah ini. (update: masalah ini sudah selesai :) )

Tidak dinafikan, Exora banyak memenuhi kehendak kami... ruang yang luas... torque yang mampu mendaki bukit dengan mudah (pengalaman memandu Exora ke kundansang amat-amat membuktikan kekuatan enjin CFE). Namun, terlalu byk juga isu-isu kualiti yang perlu dihadapi oleh kami... malah sensor ABS juga telah mula rosak seawal 10000 km usia kenderaan. 

Transmisi CVT yang diguna oleh proton, walaupun edisi yang lebih baik dari proton saga FLX... ianya terlalu bising ketika kelajuan rendah.. malah, CVT ini juga seperti bermasalah bila gear undur digunakan... ia tidak responsive.. dan perlu menekan kuat pedal minyak... namun risiko kereta terlonjak adalah sangat tinggi... 

Keselamatan...menjadi tanda tanya kepada aku kenapa Proton tidak melengkapi Exora dengan ISOFIX point... untuk memasang kerusi kanak-kanak / bayi... perlu bergantung pada tali pinggang keledar semata-mata... yang ini sangat terkebelakang untuk Exora.. menariknya Exora untuk pasaran Australia dillengkapi dengan ISOFIX... Malah kerusi baris kedua boleh dilungsur... musykil kenapa perlu ada double standard untuk kita rakyat Malaysia.. semua maklum yang mana Australia NCAP menarafkan Proton Exora Bold dengan 4 Bintang... dan ini dijadikan modal oleh proton untuk mengaburi mata rakyat malaysia supaya tertarik dengan rating "4 bintang" tersebut untuk memiliki Exora... sedangkan Exora edisi pasaran dalam negeri tidak mempunyai ciri-ciri ESC dan hanya 2 airbag... Asean NCAP juga tidak pernah menguji tahap keselamatan Exora pasaran dalam negeri.. 

Petikan laman Australia NCAP


Proton terkenal dengan kos selengaraan yang dikira ekonomi dan mampu untuk jangka masa lama... tetapi Proton Exora Bold tidak!..... kos menukar pad brek sahaja sudah menjangkau RM400 sedangkan brek pad bagi model Gen2 hanya pada harga RM90 sahaja.. begitu juga harga alat gantian seperti palam pencucuh yang agak mahal walaupun ia jenis Iridium. Dikhbarkan kos servis major pada 60000 km mencecah RM 1000 ++....

Secara kesimpulannya, memiliki sebuah exora tidak menjamin ketenangan minda kerana isu-isu dan masalah-masalah yang sering berlegar-legar di ruang sosial..aduan demi aduan muncul. Oleh itu, berkata benarlah walaupun pahit... aku terpaksa bercakap benar apabila ditanya rakan-rakan mengenai Exora.. seboleh-bolehnya jangan membeli Exora jika tidak mahu menghadapi masalah-masalah yang menyebabkan banyak masa dan wang dilaburkan di kemudian hari...Namun, jika budjet dan keperluan telah memaksa... terpulanglah kepada diri sendiri.



No comments:

Post a Comment